Posts

Mahathir "Save Family" 2

Image
Malaysia dah tak selamat kepada Mahathir dan keluarga beliau. Hanya DAP dapat menyelamatkan harta Mahathir dan keluarga dari disiasat.

Mahathir "save family" 1

Image
Sanggup lakukan apa sahaja asalkan harta beliau dan keluarga tidak disiasat sekiranya pakatan yang dipimpin DAP menang PRU14. Kita tengok siapa yang terkena.

Deklarasi Rakyat: Mahathir akui penganiayaan terhadap Anwar - Wan Azizah

Image
Kemungkinan besar Mahathir akan berdiam diri tentang perkara ini. Ini adalah tuduhan yang serius. Kerana Mahathir menagih bantuan Pakatan  sekarang ini, saya percaya beliau tidak akan mengulas. Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perakuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Malah, pengakuan Dr Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah. Menurut Dr Wan Azizah lagi, deklarasi itu perlu dilihat berdasarkan persepsi yang betul iaitu ia adalah satu bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir dan ia bukannya satu bentuk bantuan dari bekas perdana menteri itu kepada mereka. "Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerluka

Deklarasi Rakyat pun ada "Petandatangan Hantu" aka "Pengundi Hantu"

Image
Sebenarnya, ia bukanlah "Petandatangan Hantu" tetapi "Pengundi Hantu" sebutan yang sesuai - selaras dengan modus operandi dan slogan Pakatan. Mudah-mudahan dua orang ini akan mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka tidak berada di sana dan tidak menandatanganinya. Tidak mungkin Muhyiddin dan Mukhriz sebab mereka ada bersama disana. Atau mungkin mereka berkata mereka berada di sana untuk memberikan sokongan moral tetapi sebenarnya tidak menandatangani? ---- Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Mohd Zaman Khan Rahim Khan telah sekeras-kerasnya menafikan menandatangani akuan menyokong penyingkiran Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri. Beliau melahirkan rasa terkejut apabila mendapati namanya tersenarai antara orang-orang yang telah menandatangani perisytiharan itu, yang disiarkan dalam media. Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang namanya disebut sebagai salah seorang penandatangan Deklarasi Rakyat terhada

Kronologi 'Save Malaysia' Mahathir - Selamatkan siapa sebenarnya?

Image
Sendiri mau fikir lah jika benar Mahathir mahu "Selamatkan Malaysia" atau kerana 1MDB / RM2.6b / MPP atau untuk agenda peribadi beliau/ Dendam Kronologi .. fikirkan lah. --- 21 Oktober 2013- Anak Mahathir, Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Najib 29 Okt, 2013- Mahahir menuduh puak Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013 30 Okt 2013- Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul, kata ahli Majlis Tertinggi 2 Disember 2013 - Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan Disember 4, 2013 - Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah SapuraKencana menjadi Pengarah Bukan Eksekutif. Jan 9, 2014 - MTEM panggilan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas nama kerana dikatan memberi layanan buruk terhadap Mahathir Feb 19, 2014 - Mokzaini menjual 190,300,000 saham SapuraKencana berjumlah RM818.3 juta - mengurangkan pegangan ketara 21 Mei 2014- Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton Julai 21, 2014 - Proton meminta RM

Nga Kor Ming dikecam cuba menipu rakyat Sarawak kononnya masih daif

Image
Cuba berlagak hero tapi akhirnya memakan diri sendiri dan itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang cuba menabur fitnah terhadap penduduk di Sarawak yang kononnya masih hidup dalam kesusahan. Walau bagaimanapun sikap kolot dan kebodohannya berjaya dihidu rata-rata pengguna facebook apabila pemimpin DAP ini memuat naik fakta salah di laman Facebooknya, sekaligus membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia terlalu bodoh dan mudah percaya dengan tipu helahnya. Dalam status di laman Faceooknya, Kor Ming menyiarkan gambar pelajar perempuan menaiki basikal melalui jambatan gantung yang 'mengerikan' sambil mendakwa ia bukti rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan daif selepas 60 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Ia jelas menampakkan kebodohannya dan tidak layak masuk dunia politik apabila meletakkan fakta ikut suka apabila menyatakan Sarawak sudah 60 tahun di bawah pemerintahan BN sedangkan Sarawak menyertai

MH370: Serpihan kedua pesawat ditemui di Reunion

Image
Petugas pembersih pantai yang menjumpai 'flaperon' MH370 tahun lalu, menemui objek dipercayai petunjuk kedua mengenai misteri pesawat terbabit di Pulau Reunion, dekat Lautan Hindi, semalam. Menurut Johnny Begue, objek berdimensi 40 X 20 sentimeter dan mempunyai tanda berwarna biru pada permukaannya itu ditemui ketika beliau melakukan senaman pagi di tepi pantai. "Objek itu ringan dan permukaan bawahnya berwarna kelabu, malah pembuatannya hampir sama dengan sayap (flaperon) yang saya temui dulu," katanya ketika ditemui AFP di Saint-Denis, dekat Pulau Reunion, hari ini. Flaperon yang berfungsi sebagai daya angkat pesawat ditemui di Pulau Reunion, 29 Julai tahun lalu, sebelum pasukan penyiasatan dianggotai Australia dan Malaysia melakukan analisis lanjut terhadap objek berkenaan. Berdasarkan beberapa ciri penting, khususnya nombor siri pengilang dan warna flaperon berkenaan, ia disahkan milik MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerba