Posts

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Image
Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri. Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP. "Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP," kata kenyataan Tumek, 59 tahun. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading. "Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan

DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH

Image
Selepas Barisan Nasional (BN) selessai menamakan 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri pula mengumumkan senarai 29 calon untuk bertanding pada PRN ke 11 itu. PAS sebelum ini juga telah menamakan 11 calon manakala AMANAH menyatakan sudah bersedia dengan 13 calon. Bagaimanapun, PKR masih belum membuat pengumuman dipercayai wujud pertikaian antara PKR negeri dan Pusat mengenai senarai calon. Penamaan calon dijadualkan 25 April ini manakala pengundian pada 7 Mei. DAP dijangka meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng. Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching. Beliau pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram. "Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju ba

Muhyiddin Di Janjikan Jawatan PM Oleh Mahathir

Image
"Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam tugasannya selain bercanggah dengan konsep tanggungjawab kolektif yang merupakan asas kepada kabinet kerajaan. Beliau sebaliknya secara sengaja cuba menghasut ahli-ahli parti untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang telah terbukti palsu". Itu kata kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel temubual Muhyiddin dengan agensi berita Reuters dengan mendakwa beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menuntut penjelasan Najib pada pertengahan 2015 berhubung deposit dana US$681,000,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri. Muhyiddin dalam temubual itu mendakwa bahawa beliau sejak 2014 telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berhubung salah laku dan rasuah membabitkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun bantahannya sentiasa ditolak. Malah

Selfie Punya Hal - 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala Besut

Image
Lima pelajar universiti yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter berjaya diselamatkan, tetapi terpaksa menanggung malu kerana kejadian itu berlaku gara-gara mereka mengambil gambar 'selfie'. Nasib mereka baik kerana tiada seorang pun daripada mereka mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut pada Rabu. Kelima-lima mereka, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain apabila mereka berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar 'selfie' tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian. "Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya d

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

"Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran." Perhatikan kepada klausa "... tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan FAKTOR LUARAN" Apakah faktor luaran tersebut? Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu 1MDB ini dari mula sehingga hari ini (yang mana masalah hutang telah berjaya diselesaikan) sudah tentu anda akan tahu faktor luaran tersebut adalah perperangan korporat antara 1MDB dan YTL yang tidak mahu 1MDB memonopoli industri tenaga lantas mengurangkan peluang YTL untuk terus menikmati hasil & keuntungan daripada IPP. YTL menggunakan pengaruh yang mereka ada terhadap media seperti Malaysia Insider, The Edge dan BFM 89.9 untuk

Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

Image
Arab Saudi akan mengenakan cukai. Mengikut siatem Malaysia ada pengecualian (0%) terhadap barangan keperluan asas dan perkhidmatan tertentu. Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

GST Hukum Haram Hanya Di Malaysia

Image
GST dihukumkan HARAM hanya di Malaysia. Tidak haram di negara Islam anggota OIC Arab Saudi pun bakal melaksanakan GST.