Posts

LAPORAN TIDAK BERETIKA TERBARU WSJ, MEDIA BARAT DALAM ISU 1MDB

Image
1. WSJ dan rakan sekutunya sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia. 2. Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih. 3. Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, "menurut pasukan penyiasat" atau menurut "sumber yang boleh dipercayai" atau menurut "maklumat dalaman" sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat. 4. Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi

Banjir: Masalah tempat sendiri tak boleh selesai, Pakatun DAP nak selesai masalah banjir negeri lain

Image
Dalam ucapan perasmian Konvensyen DAP Selangor... Lim Guan Eng berjanji ... Kalau Pakatun menang di Pahang, dalam masa 1 penggal sahaja masalah banjir akan selesai. --- Dah 2 penggal.. Masalah banjir di Selangor sudah selesai kah? Banjir di Pulau Pinang sudah selesai kah? Atau bertambah teruk? --- https://www.malaysiakini.com/news/249405

Pilihan Raya Tergempar: "Kami Belum Diyakinkan" - PKR

Image
Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang. Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepimpinan parti itu, bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan. "Biro politik Keadilan telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang. "Biro politik Keadilan berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar. "Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, malam Selasa. Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata satu mesyuarat dengan pihak Pakat

Kereta Mewah No Plate 'PENANG' Di Hong Kong - South China Morning Post

Image
Setiap kali Lim Guan Eng atau Isteri ke Hong Kong, mereka menjimatkan banyak duit rakyat Pulau Pinang daripada membayar tambang teksi. Mereka menggunakan secara percuma kereta mewah menggunakan nombor plat 'PENANG'  milik pengurus dana berpengkalan di Hong Kong Lim Guan Eng tak mau saman South China Morning Post? "Cheah Cheng Hye hails from Malaysia and owns a car with a vanity plate spelling out "PENANG" (the chief minister of Penang state is known to use the vehicle whenever he comes to Hong Kong). " http://scmp.com/business/money/markets-investing/article/1287814/value-partners-chief-keeps-it-real

Khairul Idham Pawi Juara MotoGP Moto3 German

Image
Sekali lagi anak muda ni buktikan kemampuannnya di peringkat antarabangsa. Untuk kali ini litar sanchering, Jerman menjadi saksi beliau(superkip) layak digelar raja litar basah!! Bermula di petak ke 25, superkip tanpa menunggu lama terus didepan seawal pusingan ke 2. Walaupun menghadapi keadaan sukar litar yang basah, beliau terus konsisten menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan mendahului pemenang tempat kedua dengan jarak masa lebih 15 saat. Ini adalah keadaan yang sama ketika beliau menjuarai gp Argentina yang lalu. Untuk rekod, ini adalah podium kedua superkip yang mana kedia-kuanya adalah sebagai juara dalam penampilah tahun pertamanya dalam lejuaraan moto3. Semoga beliau akan terus mengharumkan nama negara pada masa depan. Berikut adalah komen beliau sejurus tamat perlumbaan.

Yang nak tolong kita menang Allah dan orang beriman, bukan DAP

Fahami dan hadam apa yang ustaz ni kata mengenai politik negara. Yang nak tolong kita menang Allah dan orang beriman, bukan DAP. Video penuh di https://youtu.be/Dbxjs_r57-s

2,800 tentera Turki khianat ditangkap

Image
Seramai 2,800 anggota tentera Turki yang khianat cuba merampas kuasa sudah ditangkap pihak berkuasa negara tersebut. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menterinya, Binali Yildirim yang dipetik dalam media antarabangsa BBC. Kesemua suspek itu yang ditahan di seluruh Turki itu kini dalam tahanan pihak berkuasa. Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh. Agensi berita tempatan pula melaporkan sebahagian besarnya adalah orang awam dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital. Jeneral tentera yang berjaya diselamatkan daripada tahanan tentera pemberontak berkenaan, Hulusi Akar dilaporkan CNN akan mengetuai operasi terhadap kumpulan yang mencuba untuk menggulingkan kerajaan. Namun beberapa pimpinan tentera yang turut ditangkap pemberontak sebelum ini masih belum diketahui nasibnya. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan beliau masih berkuasa