Posts

Pakar Ekonomi Britain Saran Contohi Pemberian Dedak BR1M Di Malaysia

Image
Di awal perlaksanaannya, ramai pihak yang mempertikai BR1M dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Najib Razak termasuklah kononnya BR1M itu adalah rasuah. Ingin penulis merakamkan rasa kasihan apabila kebodohan mereka telah menjadi perhatian ramai kerana bantuan yang hampir sama juga dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir atas alasan "kebajikan", waima dengan jumlah yang jauh lebih kecil berbanding BR1M. Tidak perlulah kita nafikan bahawa ramai di kalangan pembangkang sendiri dengan rela hati membuat permohonan bantuan tersebut. Umumnya, ramai pengalisis ekonomi (bukan politik) bersetuju dengan pemberian BR1M, iaitu mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi. Pengarah dan Ketua Serantau Pasaran Modal Ekuiti RHB Investment Bank, Gan Kim Choon sebelum ini pernah berkata, perbelanjaan rakyat

Video: Lebih 100 Helai Jersi Tiruan Pasukan Bola Sepak Sarawak Dirampas 📹

Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,KPDNKK,merampas lebih 100 helai jersi tiruan pasukan bola sepak Sarawak. Menurut Timbalan Pengarah Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak, Abdul Hafidz A.Rahim, serbuan di bahagian Serian itu disertai enam anggota penguatkuasa membabitkan rampasan bernilai hampir RM800. Pihaknya percaya premis yang diserbu telah menjual serta membekalkan jersi tiruan untuk diedar sekitar Serian, Kuching dan Kota Samarahan sejak saingan Liga Malaysia bermula. Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan. Keterangan pekerja di premis berkenaan telah diambil bagi tujuan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(B) Akta Perihal Dagangan 2011. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan.

Emirates mendarat cemas dan terbakar : Seorang anggota bomba maut ketika padam kebakaran

Image
DUBAI: Seorang anggota bomba maut ketika bertungkus lumus memadam kebakaran pesawat Emirates yang terbabas dan terbakar ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini, kata pengerusi syarikat penerbangan itu, Sheikh Ahmed Saeed al-Maktoum. Sheikh Ahmed berkata, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu di mana 14 orang turut dirawat di hospital akibat cedera ringan. Beliau berkata, nahas pesawat dari India itu bukan disebabkan sebarang pelanggaran keselamatan. Katanya, pesawat itu yang berkhidmat sejak 2003, diselenggara pada 2015 dan juruterbang tempatan mempunyai lebih 7,000 jam pengalaman penerbangan. Beliau memaklumkan sidang media di sini, Emirates sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa dan tegas dalam melaksanakan peraturan penyelenggaraan serta keselamatan. Sementara itu, pejabat media kerajaan di sini berkata, kesemua 282 penumpang dan 18 kru berjaya menyelamatkan diri selepas pesawat terbabit terbabas dan terbakar ketika mendarat, namun

Rumah panjang Chales Egat hangus : 130 penduduk hilang tempat tinggal

Image
Seramai 130 penduduk yang tinggal di Rumah Panjang Charles Egat, Telok Telalo, Pulau Kerto, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah terbakar hari ini. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 2.15 petang itu telah memusnahkan keseluruhan rumah panjang 14 pintu berkenaan. Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu, dibantu sebuah jentera dari BBP Sungai Merah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.24 petang. "Tiba di lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer dari balai pada pukul 3.05 petang, bomba dapati sederet rumah panjang 14 pintu yang dibina daripada kayu telah musnah keseluruhannya. "Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.49 petang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah Farhan Sufyan

1MDB : DOJ Tarik Balik Perintah Sekatan Terhadap Red Granite Pictures (video) 📹

Image
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menarik balik perintah sekatan yang dibuat 20 Julai lalu berhubung tuntutan saman sivil bagi membekukan aset anak tiri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz yang diperolehi menerusi Red Granite Pictures. Dengan keputusan itu, Red Granite dibenarkan beroperasi seperti biasa, dan DOJ telah memerintahkan pihak bank untuk terus berurusan dengan syarikat terbabit. Riza juga dibenarkan kembali ke Amerika Syarikat untuk pembikinan filem. DOJ juga bersetuju untuk membebaskan tanpa syarat ke atas rakan kongsi dan vendor Red Granite dari sebarang tindakkan undang-undang. Pendapatan semasa daripada filem "Friends With Kids: dan "The Wolf Of Wall Street" yang sangat berjaya itu juga boleh digunakan untuk memenuhi komitmen sedia ada atau membayar vendor dan pinjaman. Bagaimanapun pendapatan masa hadapan daripada kedua-dua filem itu akan disimpan dalam Escrow, sementara menunggu keputusan daripada tuntutan saman siv

Akhirnya, Konspirasi Terhadap PM Najib Razak Terbukti

Image
Mungkin itulah sebabnya PDRM turut menyiasat beberapa individu di bawah kod Konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan. Ini disahkan sendiri oleh Tony Pua kepada kepada New York Times . Fakta penting: - Konspirator dalam Kabinet mahu untuk berhadapan dengan Najib pada Julai 2015 dan meminta dia untuk berundur. Siapa yang mahu menjadi konspirator dan siapa yang akan menjadi PM jika Najib melepaskan jawatan tahun lepas? - Gani telah memfailkan caj sebelum Najib ditemubual (soalsiasat) dan sebelum kertas siasatan lengkap? Jika ini berlaku, dia telah melanggar SOP dan boleh didakwa kerana melakukan konspirasi? Ini yang memaksa beliau terus senyap selepas peristiwa itu? - Muhyiddin juga telah memberitahu Majlis Tertinggi pada September 2015 yang dia sedar dibenarkan amalan menggunakan akaun khas Presiden untuk pembiayaan politik dan parti - satu amalan yang diamalkan di zaman Mahathir. Muhyiddin juga berkata beliau sedar konspirasi itu dan dia tahu siapa di belakang mereka tetapi menafikan belia

Tindakan DOJ Ke Atas 1MDB Cacat Dari Segi Perundangan – Peguam Australia

Image
Langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merampas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai kecacatan dari segi undang-undang, kata seorang peguam kanan Australia kelahiran Malaysia. Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane, berkata dengan membuat kenyataan terbuka mengenai individu Malaysia yang didakwa melakukan pengubahan wang haram ke Amerika Syarikat, Peguam Negara Loretta Lynch sendiri telah 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi". Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya. "Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya. "Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadil