Posts

Masih Berbisakah Mahathir

Image
Ada orang kata perperangan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib ada lah kerana "Power Play" . Permainan kuasa atau pun permainan tunjuk kuasa atau siapa masih berkuasa. Ada orang lain pula kata "Mahathir is riding a tiger". Menunggang harimau. Siapa tunggang belakang harimau maka dia akan nampak gah. Semua orang akan takut melihat orang yang menunggang harimau. Cuma bahayanya, mereka yang tunggang harimau tidak  boleh turun darinya, Sebaik sahaja dia turun dari harimau itu dia akan dibaham oleh harimau itu sendiri, Dalam pergeseran antara Najib dan Tun Mahathir, bagi mereka yang mudah lupa , terutamanya penyokong Mahathir, serangan bermula dari Mahathir, dan bukannya dari Datuk Seri Najib. Datuk Seri Najib telah hulurkan perdamaian dalam perhimpunan agung UMNO 2015, tetapi ditolak oleh Mahathir. Begitu juga Muhyiddin yang tidak mahu bersalam erat dengan Najib di atas pentas pada waktu itu. Lihat balik video lama, siapa yang tolak perdamaian di atas

Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman

Image
KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas. Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini. "Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas," menurut kenyataan itu. Majlis ijabkabul disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Kecenderungan Terhadap DAP Di Facebook Menurun

Image
Berpandukan dari graf, kecenderungan terhadap DAP di Facebook telah menurun 73,17% sejak awal tahun ini daripada 4.1 juta kepada 1.1 juta pengguna. Pengguna di semua negeri hilang minat terhadap DAP. Kejatuhan paling teruk adalah seperti berikut: Selangor: -87% Pahang: -81% Negeri: Sembilan -75% Perak: -74% Johor: -73% Kedah: -71% Pulau Pinang: -69% MCA telah mengekalkan kedudukannya mengataai PAS dan PKR sejak lonjakan kecenderungan pada Oktober 2015. MCA juga lebih popular daripada DAP sejak Julai 2016. Ketika pembangkang berada di kedudukan paling kukuh pada Mac 2013 ia meliputi kepentingan secara eksklusif sebanyak 53.96% kecenderungan politik di Facebook. BN sekarang mempunyai kepentingan eksklusif kecenderungan sebanyak 60.71%. Penurunan kecenderungan kepada DAP menyebabkan BN meningkatkan kepentingan eksklusif kecenderungan politik di Facebook. Sejak April 2013 DAP merupakan parti pembangkang yang paling kuat di Facebook dari segi kecenderungan penggun

Video: Bapa ADUN DAP Sungai Pinang beri keterangan kepada SPRM

Lim Keat Seong, bapa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown, Pulau Pinang. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata Keat Seong tiba di pejabat SPRM pada pukul 12.50 tengah hari Khamis. Abdul Aziz berkata tempoh soal siasat Keat Seong bergantung kepada bagaimana beliau memberikan kerjasama. "Kami kini sedang menyoalnya dan masih terlalu awal untuk buat penentuan," kata Abdul Aziz. Keat Seong didakwa menerima wang tunai sebagai balasan kerana mendapatkan unit rumah mampu milik untuk pembeli. Sebuah video, menunjukkan beliau didakwa meminta wang tunai sebagai pertukaran untuk unit-unit perumahan telah didedahkan oleh Gerakan negeri baru-baru ini. Siew Khim telah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah bapanya, tetapi berkata beliau tidak mengetahui tentang aktiviti perniagaannya itu.

KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1"

Image
KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1" OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN 1 September 2016 1. Seperti yang telah saya beritahu kepada BBC, ia adalah jelas bahawa apa yang dikenali sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut oleh DoJ AS adalah Perdana Menteri kita. 2. Ramai yang lain juga disebut oleh DoJ. Tetapi, secara kritikalnya, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek dalam siasatan. 3. Seperti yang mana-mana peguam akan mengesahkan, perbezaan di antara dinamakan sebagai subjek dalam tuntutan mahkamah sivil, dan semata-mata disebut dalam penyiasatan, adalah berbeza sama sekali. 4. Tun Mahathir Mohamad dan sekutu barunya dalam pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua itu untuk memperdaya rakyat Malaysia. Protes gagal yang dianjurkan oleh proksi-proksi mereka yang mempersoalkan identiti MO1 adalah tidak relevan, kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam sebarang sa

RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Image
Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan Najib. Alasan utama ialah mengenai warisan wang yang kini sedang di "parking" pada proksinya. Itulah alasan yang didakwa oleh seorang penulis yang berkemampuan melakukan kerja risikan, iaitu Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenal sebagai RPK. Walaupun penyokong Mahathir amat mempercayai berita dan laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal yang berpangkalan di luar negara, namun hal yang sama tidak mereka beri kepada laporan yang dibawa oleh RPK, yang juga berpangkalan di luar negara. RPK berulang kali mendakwa Tun Mahathir menyimpan wang ketika menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan wang itu diatas nama orang orang kaya yang dia pilih supaya tidak disyaki oleh rakyat kerana mereka adalah billionaire. Jumlah yang dikatakan oleh RPK dalam hal ini dianggarkan bernilai RM100 billion. Ma

Husam Dah Mati Ke?

Image
Husam pernah mengatakan dia tetap sebagai ahli PAS sampai mati. Bagaimanapun, ia tidak baik untuk menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia sebagai alasan kononnya kalau Arwah Nik Aziz maaih hidup, Arwah pun akan ikut dia masuk PAN. Arwah Nik Aziz tidak mampu mempertahankan diri atau bersetuju dengan tindakan Husam. Kalau nak melompat, lompat je lah. Tidak perlu melibatkan orang mati. Husam sekarang dilihat kehilangan banyak rambut. Terkejut bila melihat video dia. Jangan kerana sumpahan talak tiga sudah lah. --- 'Saya Tetap Ahli Pas sampai mati' http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tetap-ahli-pas-sampai-mati-1.438362 'Kalau Tok Guru Masih Ada, dia Akan ikut SAYA sertai AMANAH' https://www.youtube.com/watch?v=01SrHOgZTBg