Posts

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

Image
1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk  persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan PAN! 2. Siapa sebenarnya yang kepanasan? Jika diperhalusi profil-profil Media Sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong PN terutamanya PPBM. Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap JKOM. 3. Apakah benar UMNO bekerjasama dengan PH (PKR,DAP atau PAN)? Pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan dan diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP. Juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15. 4. Apakah mungkin Jajaran Baharu dibentuk? Sebarang perubahan dasar yang diputuskan di Perhimpunan Agong  dan Majlis Kerja Tertinggi terma

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka...

Image
20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga minyak masak botol 8 Jun 2021: Kerajaan akan siasat kenaikan harga minyak masak botol setelah harga naik 3 kali ke RM34. 12 Feb 2021: Kerajaan akan rangka pelan ‘campur tangan’ selesai isu harga dedak 11 Jun 2021: Penternak makin tertekan setelah harga dedak naik 5 kali dalam tempoh enam bulan tahun ini ke paras tertinggi dalam sejarah. Sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah aktif dan masih dengan sikap untuk kaji, siasat dan rangka tanpa kesudahan, percayalah bahawa kadar inflasi tahun ii yang sudah mencanak bermula bulan Mac lalu akan semakin parah pada ketika pendapatan Rakyat sudah turun.

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Image
Kematian itu menunjukkan virus Covid-19 sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ramai orang dalam masa yang singkat........ https://pakdin.my Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. Beliau memberitahu Berita Harian, kematian melibatkan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan mereka pada Mei. “Ya hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia. Maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. “Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas mesej tular mendakwa 14 jemaah masjid Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia dalam masa dua minggu selepas positif Covid-19. Turut tular video berdura

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Image
Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, hari ini. Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat. Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s). "Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan. "Ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga," katanya. Damok kini berkedudukan tempat keeman keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan. https://pakdin.my/wp-content/uploads/2021/06/

MH8205 MADINAH-KL TERPAKSA MENDARAT DI BOMBAY

Image
Pesawat MH8205 yang dalam penerbangan dari Madinah ke ibu negara, semalam terpaksa mendarat di Bombay, India selepas mengalami masalah teknikal. Pesawat sewa khas untuk jemaah umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Bin Abdul Aziz pada jam 8.49 malam waktu tempatan semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi ini. Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerusi kenyataan menjelaskan sistem pemindahan minyak dalam pesawat mengalami masalah, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan mendarat di Bombay. "Juruterbang bertindak sedemikian walaupun masalah teknikal berkenaan tidak mempunyai sebarang isu keselamatan. "Ini kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dalam mengharungi sebarang masalah ketika dalam penerbangan. "Sehubungan itu, pesawat berkenaan ketika ini selamat mendarat di Bombay dan sedang diperiksa jurutera tempatan," katanya, hari ini. MAB turut memberi jam

SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 MENGAKU TIDAK BERSALAH

Image
KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur agensi berkenaan. Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad. Beliau didakwa memiliki RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah serta 86 jam tangan mewah pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini termasuk pejabat JANS. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, turut dihadapkan ke mahkamah sama. Fauziah didakwa atas 19 pertuduhan membabitkan wang RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan barang perhiasan emas serta bukan emas, manakala Lam

MAHATHIR HANYA PEDULI PERASAAN DIA SAHAJA, PERASAAN RAKYAT DIA TIDAK PEDULI

Image
MENJADI seorang pemimpin mahupun ahli politik haruslah memiliki perasaan keprihatinan terhadap setiap jiwa yang dipimpinnya. Malah, ini turut diajar dalam mana-mana agama sekalipun, waima Islam sendiri. Menurut pendapat Al-Mawardi jelas menyebut: "Sistem khilafah itu bertanggungjawab memelihara agama dan mengurus urusan kebajikan rakyat. Orang yang terbabit dalam pengurusan di peringkat tinggi dipanggil pemimpin. Pemimpin negara Islam pada peringkat awalnya digelar sebagai al-khalifah, amir al-mu'minin dan al-imam." Soalnya sekarang, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja hilang kewarasan, malah semakin hilang pertimbangan sifat dan perasaan empatinya terhadap orang lain. Bayangkan, untuk seorang musuh yang ditentangnya sejak tahun 1967 lagi, iaitu dua tahun selepas dia bergelar Ahli Majilis Tertinggi Umno, dia sanggup berkata bahawa segala sengketa dan permusuhan lama dilupakan begitu sahaja? Semuanya demi agenda politik peribadi. Musuh yang dimaksudkan ters