Posts

Tak Puas Hati Dengan Undang-Undang Punca Pondok Polis Dibakar

Image
BACHOK - Akibat tidak berpuas hati dengan ketegasan undang-undang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), seorang lelaki bertindak membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, pada Sabtu lalu. Lelaki berusia 34 tahun yang juga suspek keempat ditahan di Kampung Gelong Badak di sini, pada jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku bertindak di luar batasan kerana dihasut oleh rakan-rakannya. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114351/

Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

Image
PASIR MAS - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum menggunakan lori tangki simen kandas di tengah jalan, apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Chekok, Tok Uban hari ini. Pemandu dan kelindannya yang berumur 35 dan 46 tahun itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi. Susulan penahanan, polis turut merampas 5,560 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM200,000 yang diletakkan di dalam tangki lori jenis Volvo itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mengangkut daun ketum dengan menggunakan lori tangki simen adalah modus operandi terbaru penyeludup. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114302/

Pengembara tersesat di Denai Merinding Labuan berjaya diselamatkan

Image
  Anggota penyelamat berjaya menemukan dan membawa pulang sembilan sekeluarga yang sesat semasa melakukan aktiviti kembara di MTB Park, Bukit Merinding di sini hari ini. Keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sesat semasa melalui Denai Kembara Merinding Labuan, kira-kira 6 petang tadi semasa cuaca buruk dengan hujan lebat dan ribut petir serta keadaan yang gelap. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata pengembara sekeluarga itu dikenali sebagai Nizam Laile Suriani, 36; Siti Nurlina, 27; Khairul Nazmi, 27; Muhammad Adib Akil, tiga; Hanif Ikhwan Azwan, lapan; Muhammad Fitri Azami, sembilan; Muhammad Faiz Hazimi, 12; Muhammad Faris Hakimi, 15; dan Adam Mukhriz, 15. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114270/

Kemunculan ‘pak bedal’ cemaskan penduduk

Image
PARIT BUNTAR – Penduduk di Kampung Nibong Hangus Kuala Kurau dekat sini gempar dan cemas dengan kehadiran seekor buaya yang memasuki kawasan kampung mereka hari ini. Baca seterusnya https://pakdin.my/?p=146672

UMNO Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Dijadikan Jambatan Oleh Pihak Luar Yang Rakuskan Kuasa – Ahmad Zahid

Image
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad untuk terus mempertahankan parti itu agar terus kekal dalam apa jua keadaan sebagai parti milik rakyat serta mengutamakan kepentingan mereka. Baca aeterusnya disini  https://pakdin.my/?p=146750

[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

Image
Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh  di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat  mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap. Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi. Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan. “Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Agong tak perkenan kerajaan batal Ordinan Darurat, kata Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin. Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya. Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B