Posts

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Image
  The Silent Sea [LINK:  https://pakdin.my/?p=153323 ] Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama lebih kurang dua minggu, drama itu sudah memperoleh skor 100% di laman web Rotten Tomatoes. Rotten Tomatoes merupakan laman web yang mengumpulkan ulasan filem dan drama daripada pengkritik yang menerbitkan ulasan mereka. Drama yang bertemakan sains fiksyen ini mula ditayangkan pada 24 Disember tahun lalu dan ia mengisahkan tentang misi 24 jam di bulan untuk mendapatkan air setelah bumi terputus bekalan air akibat penyakit misteri. Netflix menggambarkan rancangan itu sebagai kisah yang berlaku pada masa depan di mana bumi telah mengalami kemarau teruk. Angkasawan yang menjadi karakter utama cerita ini dihantar dalam misi khas ke bulan. Di sana, mereka telah ditugaskan untuk mendapatkan sampel mist

Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027

Image
  Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027 [LINK:  https://pakdin.my/?p=153321 ] Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027 nanti. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menghubungi MOM berhubung kebarangkalian menganjurkan temasya sukan itu susulan penarikan diri Brunei yang sepatutnya menjadi hos pada edisi berkenaan. “Mesyuarat telah bersetuju menghantar surat ‘Expression of Interest’ (tunjuk minat) ke SEAGF manakala MOM akan memanjangkan makluman ini kepada kerajaan dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa yang sesuai. Atas semangat friendship (persahabatan) bersama SEAGF, I think most likely we have a good chance to secure that (Saya rasa kami mempunyai peluang yang baik untuk mendapat hak penganjuran),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali ketiga sesi 2021/2025 di sini, hari i

‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC

Image
‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC [LINK:  https://pakdin.my/?p=153310 ] Saya dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab saya terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011. Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas kabinet tersebut. Namun dua lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura. Namun, hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan. Tun Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan orang kuat Tun. Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 jut

PRU-14 dan perjalanannya sehingga ke hari ini beri kesedaran, kata Najib

Image
PRU-14 dan perjalanannya sehingga ke hari ini beri kesedaran, kata Najib [LINK: https://pakdin.my/?p=153307 ] Pesan dan nasihat saya kepada semua ahli BN. Kita sebagai parti politik datangnya daripada rakyat dan kembali juga kepada rakyat. Rakyat berikan kita amanah, tanggungjawab dan kepercayaan untuk memimpin. Rakyat meletakkan keyakinan pada kita kerana janji yang kita berikan dan kemampuan untuk menjayakannya. PRU14, dan perjalanannya ke hari ini walaupun pahit tetapi ia memberikan kesedaran. Banyak janji manis yang ditabur oleh pelbagai pihak. Macam-macam ada. Yang kemudian mereka sendiri kata mustahil untuk dilaksanakan apabila kuasa di tangan. Akhirnya, dikecam rakyat dan disedari ramai.  Saya percaya dan yakin kita harus jadikannya sebagai satu rujukan. Agar kita kekal pada prinsip perjuangan kita. Apa yang kita janji, harus ditepati. Apa yang kita boleh bantu, harus dibuat sehabis baik. Bersama kepimpinan dan ahli-ahli Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini. Semoga kita semua ke

Berita Januari 2020 - 2

Image
COVID: Kumulatif kes sembuh COVID-19 kini 2.7 juta - KP Kesihatan [BACA seterusnya ] Kumulatif kes sembuh COVID-19 di negara ini kini 2,711,900 kes selepas 3,161 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat 3,251 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 2,783,331 kes. “Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat, lima manakala 3,193 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. “Sebanyak 243 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata negara kini merekodkan nilai 0.96 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15 dan 1.06 direkodkan di Sabah. Sementara itu, mengenai situasi semasa banjir setakat 3 p

Gaya Hidup Januari 2022

Image
Azzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie Dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham, 25, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, tepat jam 10 pagi tadi. Periksa Newsfeed Facebook anda, 1 daripada 4 entri adalah iklan dan ini buktinya Newsfeed di APP Facebook anda adalah ruang paling berharga buat penyedia platform itu. Di sanalah mereka menjerat anda supaya menghabiskan sebahagian besar masa anda di APP mereka dan bukannya di APP lain seperti YouTube, Instagram, Twitter dan yang seangkatan dengannya. Jadi, apa yang dipaparkan kepada anda dalam ruangan newsfeed menerima penelitian paling tinggi oleh Facebook menggunakan statistik. Berikut adalah beberapa pemerhatian yang saya cerap di Facebook, tak kiralah versi web ataupun mudah alih. Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia [BACA seterusnya: https://pakdin.my/?p=153143 ] Ia menggambarkan yang perkhidmatan prabayar masih lagi menjadi pilihan rakyat Malaysi

Berita Januari 2022

Image
‘Kurang wajar’ Hadi komen bagi pihak Umno, kata Shahril   “Sepertimana tidak wajar saya mengajar PAS tentang hal dalaman PAS, saya berharap kepimpinan PAS juga menghormati ‘decorum’ dalam hubungan antara parti dan mengelak dari membuat komen bagi pihak Umno,” katanya. Hadi terdahulu dipetik memberikan “nasihat” agar ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT dan bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian. Bagaimanapun, Shahril berkata sama ada majoriti MKT menyokong sesuatu adalah rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar.     Sungai Langat kembali lepasi paras bahaya   Aras air Sungai Langat di Bukit Changgang kembali melepasi paras bahaya (merah) apabila menunjukkan bacaan 4.29m setakat pagi tadi. Berdasarkan maklumat di laman sesawang InfoBanjir, bacaan aras sungai melepasi paras normal pada 4.20m setakat 8 pagi ini, lapor Harian Metro. Sementara itu, Sungai Langat di Dengkil, Sepang pula melepasi paras amaran (jingga), iaitu 7.07m berbanding