Posts

“Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV

Image
  “Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV [Sumber: https://pakdin.my/?p=153538 ] Sebelum ini timbul gosip kononnya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan, Shuib memandangkan ciri-ciri lelaki idamannya itu dimiliki pengasas BubbleBee ini. Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan bahawa DSV bukanlah gerangan wanita yang sedang dikenalinya sekarang ini. Mengakui selesa berkawan dan menjalinkan hubungan atas urusan perniagaan semata-mata, Shuib akui mengenali DSV sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. “Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. “Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi

PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Image
  PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri [Sumber: https://pakdin.my/?p=153559 ] Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menasihatkan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengadakan PRN. “Saya rasa justifikasi untuk mengadakan PRN itu lebih penting kerana kita mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Udang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Justeru, pihak-pihak tertentu tidak perlu bimbang, saya akan berpegang teguh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Penghantaran AirAsia Super App di Johor Bahru City Square, di sini baru-baru ini. Menteri Besar menambah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya ti

Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS: Pahang

Image
  Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS: Pahang [Sumber: https://pakdin.my/?p=153533 ] Misi Bantuan Bencana Barisan Nasional dan BNCOMMS hari ini diteruskan ke beberapa lagi kawasan di sekitar Pahang yang terkesan akibat banjir. Menurut Penyelarasnya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada minggu ini pasukan Bencana BN dan BNCOMMS akan turun padang sekali lagi ke Negeri Sembilan dan seterusmya ke Johor pada hujung minggu ini. “Minggu ini misi akan diteruskan dimana Jumaat ini akan sekali lagi ke Negeri Sembilan dan ditamatkan di Johor pada Sabtu,” katanya menerusi catatan di Facebook. Selain itu turut bersama menjayakan misi bantuan ini adalah pasukan perubatan BNCOMMS yang dilaksana oleh Medisena Care & Optimum Malaysia. Pasukan perubatan (Team Medic BN) menyediakan rawatan percuma kepada yang memerlukan. “Kami memulakan minggu terakhir misi ini daripada Pusat Operasi Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur,” katanya. BACA juga: 📷 Bantuan Bencana BN dan BNCOM

安华诉凯里“后面玩”诽谤案·上诉庭207裁决凯里上诉申请

Image
  安华诉凯里“后面玩”诽谤案·上诉庭207裁决凯里上诉申请 [https://pakdin.my/?p=153518] 布城17日马新社讯)上诉庭择定于2月7日,就卫生部长凯里针对人民公正党主席拿督斯里安华起诉他诽谤诉讼所提出的上诉申请,作出裁决。 法官拿督李瑞成(译音)为首的上诉庭三司今天通过线上审讯,聆听凯里的律师丹斯里莫哈末沙菲宜和安华的律师哥巴斯里南双方陈词后,作出上述决定。 三司也择定于1月24日接受双方提呈书面陈词。 另2名法官是拿督阮秀奇(译音)和拿督卡查里。 2008年3月7日,安华起诉时任青年及体育部长兼巫青团副团长凯里,于当年2月20日在班底谷发表含诽谤意味的演讲,该言论刊载在一家新闻网题为《安华和家属没有威胁》视频内。 2017年9月,高庭法官阿兹祖批准安华对凯里的诉讼申请,裁定安华胜诉,并谕令凯里支付安华15万令吉的普通损失赔偿。 该法官也驳回凯里要求修改答辩书,主张其言论为客观评论的申请。  凯里先后向高庭和上诉庭提出上诉申请,于2018年2月在上诉庭上诉失败,直到2020年12月15日,联邦法院批准凯里的上诉申请,并谕令交回给上诉庭重新审理。 较早前,哥巴斯里南在陈词指出,凯里揶揄安华“从后面玩”,有关字眼已构成诽谤。 “在大马人(无论是否马来人)所理解的马来语通俗意义和语境中,这些词语仅指向一种行为,即同性恋行为。”  另外,沙菲宜在去年11月2日的审讯中指出,凯里在2008年第12届大选竞选活动期间发表的演讲内容,所指的是在野党之间的政治结盟,而与安华的鸡奸案无关。 他说,其当事人当时的意思是指伊斯兰党、公正党和民主行动党之间的合作纯属为了大选组成的临时结盟。

20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar

Image
 20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153609 ] Kira-kira 20 rumah setinggan yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kolombong, Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Dalam kejadian pada 4 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun seorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 pagi tadi. Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan rumah setinggan berkeluasan 5,574 meter persegi. “Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke sebahagian besar lagi rumah setinggan b

Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?

Image
Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153605 ] Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin berdepan situasi dan pilihan sukar jika pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan, menurut pakar. Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata, Umno mendesak PRN Johor diadakan ketika ini untuk menguji kekuatan dan sokongan Muhyiddin. “Salah satu sebab utama adalah untuk menamatkan riwayat Bersatu dan meletakkan Muhyiddin dalam kedudukan yang janggal ketika PRU15. “Sebab itu Umno mendesak pilihan raya negeri diadakan,” katanya kepada FMT. Azmi yang meramalkan bahawa PRN Johor boleh diadakan sejurus selepas Tahun Baharu Cina berkata, ia akan menguji sokongan akar umbi Muhyiddin di negeri paling selatan itu. “PRN Johor sama ada akan menenggelamkan atau memberi rangsangan politik kepada Muhyiddin. Kerjaya politiknya bergantung kepada PRN ini,” tambahnya. Muhyiddin, 75, adalah Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995. Pada 2008, Ahl

DUN Johor bubar Ahad ini?

Image
  DUN Johor bubar Ahad ini? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153585 ] SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini. Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN. “Kemungkinan bubar Ahad. Surat pun sudah sampai ke pejabat Speaker,” kata sumber kepada Malaysiapost. Malaysiapost juga turut dimaklumkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu. “SPR telah berjumpa MB Johor bagi membincangkan persiapan PRN. “Difahamkan juga permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana,” katanya lagi. Sebelum ini beberapa portal melaporkan mengenai desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. Spekulasi mengenai PRN Johor bertiup kencang selepas kematian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang juga