Posts

[Video] Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang terbakar

Image
[Video] Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang terbakar Selanjutnya:  https://pakdin.my/157460 - SEPANG - Pejabat Pentadbiran Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang musnah dalam kebakaran pada Selasa. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 petang. "Sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah bilik di tingkat satu berkeluasan 4.57 meter (m) x 4.57m yang terbakar 80 peratus. "Kebakaran dapat dikawal dan kerja-kerja pemadaman lanjut sedang berjalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan punca kebak

'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja

Image
'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157445 - SLIM RIVER: Seorang guru dimaki dengan perkataan 'babi' dipercayai dilakukan oleh 'scammer' (penipu) yang berang selepas gagal memerangkapnya untuk mendapatkan wang seperti diminta menerusi Telegram, baru-baru ini. Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000. Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya. "Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit. "Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit," katanya ketika ditemui, dekat sini. Ahmad berkata, selepas beliau menghantar gambar sli

13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran

Image
13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157437 - Polis menahan tujuh lelaki dan enam wanita yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara, semalam. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing. Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, selain enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 50-an. "Polis turut merampas 130 kondom, pelincir, tuala, tisu basah, fail jadual kerja, fail cuci rambut, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM340. "Kes disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara

Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu

Image
Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu Selanjutnya:  https://pakdin.my/157433 - KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,395 kes jenayah syariah direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua kes berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 969 kes direkodkan pada 2020, manakala 426 kes, tahun lalu. "Kes khalwat merekodkan jumlah tertinggi dihadapkan ke Mahkamah Syariah iaitu 860 kes dengan 563 pada 2020, manakala tahun 2021 (297 kes). "Ia diikuti kesalahan kahwin bersalahan dengan bahagian dua undang-undang keluarga Islam iaitu 99 kes, yakni 72 kes (2020) dan 27 kes pada 2021. "Kesalahan persediaan persetubuhan luar nikah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu 77 kes pada 2020, dan 20 kes tahun lalu," kat

[Video] Ibu tikam 3 anak selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh

Image
[Video] Ibu tikam 3 anak selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157425 - BANYAK sebenarnya cerita berkaitan serangan atau kes pembunuhan yang dilaporkan di media sosial dikatakan didorong oleh bisikan ghaib. Sama ada di bawah pengaruh dadah, minuman keras atau ubat-ubatan, punca kejadian seumpama itu rata-ratanya sehingga kini masih belum diketahui kebenarannya. Namun, apa yang menyedihkan, mangsa kebanyakan ahli keluarga sendiri termasuklah ibu bapa, mahupun anak yang masih kecil. Insiden menakutkan yang terjadi di Dukuh Sokawera, Brebes, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini turut menggemparkan ramai pihak. Mana tidaknya, tiga kanak-kanak menjadi mangsa rasukan ibunya apabila seorang daripada mereka dibunuh dengan kejam. Lapor kompas.com, kejadian pada waktu Subuh itu berlaku selepas jiran berhampiran rumah mangsa mendengar jeritan meminta tolong. Suara pekikan itu dipercayai datang daripada kanak-kanak yang cuba menyelam

[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera

Image
[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157417 - LEBIH 60 orang cedera selepas stadium bola sepak sementara runtuh dalam satu kejadian di utara Kerala, India, malam kelmarin. Memetik laporan TribuneIndia.com, pihak polis berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung bernama Poongodu yang sememangnya gila bola sepak. Kejadian berlaku semasa perlawanan tujuh sebelah sedang belangsung. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, dan tiada yang dilaporkan mengalami kecederaan serius. Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika perlawanan akhir antara dua pasukan tempatan sedang berlangsung. “Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital berdekatan,” kata polis. Lebih 2,000 penonton dilaporkan berada di stadium sementara itu ketika ia runtuh.

Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib

Image
Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib Selanjutnya:  https://pakdin.my/157406 - Jangan datang ke Parlimen jika anda antara individu yang yang memeluk tokoh DAP, Lim Kit Siang pada kongres parti itu Ahad lalu – itu mesej bekas Perdana Menteri Najib Razak susulan berita bahawa mentor parti itu disahkan positif Covid-19 hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mendoakan supaya Lim segera sembuh. Najib berkata, beliau menyedari bahawa ramai orang telah memeluk veteran DAP itu pada kongres tahunan parti itu pada Ahad (di mana Lim telah mengumumkan persaraannya daripada politik). “Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. “Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam. Hantaran Najib itu susulan laporan berita mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut disahkan positif Covid-19 selepas beliau menghadiri kongres parti itu. Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata