Posts

Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta

Image
Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta Sumber:  https://pakdin.my/158041 .... Seorang remaja terpaksa melompat keluar dari kenderaan e-hailing yang sedang bergerak selepas pemandunya didakwa mencabul dan menyamunnya dalam satu kejadian berhampiran Jalan Kionsom, Inanam, pagi Khamis (31 Mac). Mangsa yang juga jurujual berusia 19 tahun menempah perkhidmatan e-hailing untuk pergi ke tempat kerja di Menggatal. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Rakman berkata, pemandu itu memberitahu mangsa bahawa dia terpaksa menggunakan jalan pintas kerana laluan utama sesak. "Ketika menghampiri kawasan air terjun Kionsom, pemandu didakwa meminta gadis itu beralih dari tempat duduk penumpang belakang ke tempat duduk hadapan," katanya dalam satu kenyataan. Pemandu itu dikatakan meraba paha mangsa, membuatkannya memberi amaran kepada lelaki tersebut supaya tidak melakukannya lagi. Pemandu itu kemudian didakwa mengeluarkan pisau kecil

PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Image
PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis Sumber:  https://pakdin.my/158034   ... Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya. “Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang renda

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Image
Hadi pula dijangka bertemu Mahathir Sumber:  https://pakdin.my/158030 .... Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah. Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal. “Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah. “Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor. Abdul Hadi

[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M

Image
[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M Sumber:  https://pakdin.my/158026 ..... Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM”. Semalam, dua bekas perdana menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin. Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan PPBM bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15). “Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir. “Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang

[Video] Ribuan rakyat Malaysia jalan kaki lintas Tambak Johor

Image
[Video] Ribuan rakyat Malaysia jalan kaki lintas Tambak Johor Sumber:  https://pakdin.my/158021   ....... JOHOR BAHRU: Ribuan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya kembali ke tanah air bermula detik 12.01 tengah malam tadi. Tinjauan di Tambak Johor awal pagi tadi mendapati, lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang pulang melintas tambak sejauh 2.5 kilometer berkenaan dengan berjalan kaki beramai-ramai selain ada yang menaiki basikal. Deretan motosikal dan kereta turut dilihat beratur dengan sabar di laluan masing-masing di Tambak Johor menunggu giliran untuk kembali ke tanah air. Lebih menyentuh rasa, laungan Allahuakbar serta lagu Negaraku dinyanyikan rakyat Malaysia yang sedang berjalan kaki, dapat didengari ratusan keluarga yang menunggu penuh sabar di susur keluar Tambak Johor, sehingga ramai dilihat mengalirkan air mata kesyukuran. Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang berjaya melintasi

[Video] Mohon Kesan 2 Saspek Pecah Masuk Kedai

Image
[Video] Mohon Kesan 2 Saspek Pecah Masuk Kedai Sumber:  https://pakdin.my/158012 ..... Bantuan mengesan 2 lelaki dalam rakaman CCTV dibawah yang dikesan memecah masuk kedai di Pasar Mini Roziah, Felda Kg Bukit Bulat Machap, Alor Gajah, Melaka awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kerugian wang tunai dan beberapa stok barangan kedai dalam nilai anggaran RM 10 ribu. Mohon sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat kedua-dua penjenayah jni diminta hubungi Balai Polis berdekatan agar saspek dapat diberkas secepat mungkin. 

[Video] Viva di rempuh Alphard di stesen minyak Demak Laut

Image
[Video] Viva di rempuh Alphard di stesen minyak Demak Laut Sumber:  https://pakdin.my/158006 ....... Kejadian berlaku di Stesen Minyak Petronas Demak Laut, Kuching, Sarawak  Sebuah kereta Perodua Viva sedang mengisi minyak di stesen berkenaan tiba-tiba di rempuh sebuah MPV Toyota Alphard dari arah belakang. Rempuhan kuat itu menyebabkan hos minyak tersebut tercabut dan kenderaan itu meluru kehadapan menghentam dinding kaunter stesen berkenaan. Manakala dilaman sosial FB, seorang pengguna mendakwa beliau isteri kepada pemandu kereta Viva tersebut dan dia bersyukur suaminya selamat dalam kejadian yang berlaku. Namun, dia berasa marah serta kesal apabila pemandu Alphard tersebut dengan mudah mengatakan pelanggaran itu hanya berlaku sedikit sahaja.