Posts

[Video] Gadis berjoget depan ramai demi ‘content’

Image
[Video] Gadis berjoget depan ramai demi ‘content’ SUMBER:  https://pakdin.my/158147 .... Apabila ramai yang jadi 'hamba' media sosial, perasaan malu hilang Kelibat beberapa orang gadis yang berjoget di khalayak ramai bagi menghasilkan ‘content’ hari raya mendapat kecaman orang ramai. Menerusi satu klip video tular di media sosial ketika ini, kelihatan lima orang gadis sedang berjoget di khalayak ramai dilaporkan demi menghasilkan ‘content’ hari raya mereka. Video tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu kemudiannya mendapat kecaman teruk orang ramai yang menyifatkan ketika ini golongan wanita muda sudah tidak mempunyai perasaan malu. “Tak tahu nak kata apa, aku lihat budak-budak muda sekarang dah hilang perasaan malu mereka. Depan-depan orang ramai pun boleh berjoget demi ‘content’ dekat TikTok. “Pandai betul orang luar cipta aplikasi untuk menyesatkan orang kita, yang belah orang kita pula jenis yang mudah terpengaruh,” jelas Wan Hizam. “Harapnya mereka yang terlibat ni

[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200

Image
[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200 SUMBER:  https://pakdin.my/158142 .... PASIR MAS - Seorang remaja didakwa mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan susunan botol air mineral akibat berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek berusia 17 tahun masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus. Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan. Beliau berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun

Audio bocor dari Wisma Putra

Image
Audio bocor dari Wisma Putra Sumber:  https://pakdin.my/158133 ... "Kalau benda macam gini, Menteri pun terasa, then it is better not to become a minister". "This is at this moment, we are living literally, the worst in the history of Wisma". Sumber Twitter: https://twitter.com/azrulazimi/status/1513152590904627203?s=20&t=5xjoOx6XqAln3eYESystnA Tengah viral kat WhatsApp sekarang. Lagi drama dari Wisma Putra - Kementerian Luar Negeri. Soalannya - siapa yang record ni mula2? Siapa “Datin” dan “boss” orang ni tengah report kat? pic.twitter.com/wCpJOt4wLQ — POLITICO đŸ‡²đŸ‡¾ (@PoliticoMy) April 10, 2022

[Video] Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal tular di media sosial

Image
[Video] Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal tular di media sosial Sumber:  https://pakdin.my/158128 Tular Video Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal Di Aplikasi TikTok Pada 8 April 2022 Jam lebih kurang 8.22 malam, pihak PDRM Kubang Pasu telah terkesan satu video tular berdurasi 14 saat yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna akaun TikTok @ AnnR yang memaparkan rakaman sebuah kereta peronda polis sedang mengejar sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua individu. Kejadian tersebut berlaku 8 April 2022 jam lebih kurang 12.15 tengahari dimana semasa menjalankan tugas rondaan harian mencegah kemalangan, pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu telah terlihat sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC warna merah yang dinaiki  oleh (2) lelaki disyaki Melayu tidak memakai topi keledar sambil melakukan provokasi dengan memotong kenderaan polis di sebelah kiri. Pegawai polis telah mengarahkan penunggang motosikal tersebut untuk b

Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail

Image
Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail Sumber:  https://pakdin.my/158119   ... Nak tanya Muhyiddin Yassin, semasa beliau jadi PM adakah di runding dengan BN dan PAS dalam segala tindakan termasuk menghadap YdP Agong bagi dalam usaha mengekal kuasa termasuk membuat tawaran terbuka (rasuah politik) kepada pembangkang? Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin “mengingatkan” Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU15. “Saya juga, antara lain, mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin di Facebook. Beliau yang juga presiden Bersatu berkata peringatan itu disampaikan dalam pertemuan antara beliau bersama pemimpin parti komponen PN lain dengan Ismail di Sri Perdana, semalam. Turut

[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat

Image
[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat Sumber:  https://pakdin.my/158114 ... TUMPAT - Enam buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Keretapi Dalam Rhu di sini pada petang Sabtu. Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Bomba, Suhaimi Mahmood berkata, kejadian berlaku pada jam 1.40 petang. "Kebakaran melibatkan tiga buah rumah yang musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar 70 peratus dan dua rumah lagi terbakar 40 peratus. “Kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa namun punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Menurut Suhaimi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 petang. “Tiga jentera dan satu tanker digunakan untuk kerja memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 2.11 petang,” katanya.

[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

Image
[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion? SUMBER:  https://pakdin.my/158107 ... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun. Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000. Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank mil