Posts

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Image
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158359     Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya, kata penganalisis politik. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dominan tidak berhasrat untuk menyerahkan mana-mana kerusi di negeri itu kepada mana-mana parti berasaskan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang. PN pimpinan Bersatu mempunyai dua ahli Parlimen dari Sarawak, iaitu Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) yang berpaling tadah daripada PKR. Persoalan timbul mengenai masa depan mereka dengan GPS untuk bertanding di kerusi yang mereka wakili. “Tiada siapa boleh membentuk kerajaan persekutuan secara sendirian. Malah Barisan Nasional (BN) yang dominan seperti sekarang memerlukan rakan kongsi, terutamanya parti di Sabah dan S

[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka

Image
[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158355    RANTAU PANJANG - Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini pada Khamis (5 Mei 2022) lengang gara-gara orang ramai tidak mengetahui perkhabaran itu. Tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lokasi itu lengang dan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir untuk membuat pas sempadan untuk ke negara jiran. Pembukaan sempadan darat itu merupakan kali pertama melibatkan kawasan di negeri ini sejak Covid-19. Saodah Yassin, 43, berkata, beliau mengetahui tentang berita berhubung pembukaan sempadan itu ketika sedang membeli makanan di kedai kopi di pekan Rantau Panjang. "Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu pintu sempadan sudah dibuka hari ini (Khamis) kerana tiada sebarang pengumuman dibuat. "Tanpa berlengah saya terus datang ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum memasuki daerah Besut

[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta

Image
[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158340    JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja perempuan nekad terjun ke dalam sebatang sungai di Desa Balongdowo, Jakarta Timur kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Rakaman menunjukkan seorang remaja perempuan terjun ke dalam sungai sambil menjerit dan menangis tanpa mahu dibantu penduduk sekitar. Dia dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan disyaki putus cinta dengan teman lelakinya. “Punca kejadian masih belum diketahui. Menurut maklumat, dia menangis sambil menjerit nama teman lelakinya berkali-kali,’’ demikian kapsyen pada klip video berkenaan. Penduduk setempat berkumpul di kawasan tersebut untuk memberikan bantuan, namun ditolak oleh mangsa. Sebaliknya, ada antara mereka yang merakamkan situasi berkenaan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Cinta tak

[Video] Kemalangan di Jalan Cameron Highlands di percayai kerana 'microsleep'

Image
[Video] Kemalangan di Jalan Cameron Highlands di percayai kerana 'microsleep' Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158334 - Berhati-hati dengan MICROSLEEP ketika memandu ! Kalau dah rasa mengantuk tolong jangan teruskan perjalanan anda.. sila berhenti dan rehat seketika ! Rakaman kejadian kelmarin di Jalan Cameron Highland akibat dari 'microsleep', Pemandu terlelap beberapa saat sahaja. Nasib baik semua mangsa selamat dalam kemalangan tersebut. Terima Kasih dan TERBAIK buat saudara Syamil (pemilik kereta dashcam) kerana terus berhenti memberi bantuan awal terhadap mangsa sekeluarga. Kredit – Syamil Hanafiah #TrafficInfoCrew

[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

Image
[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari Selanjutnya:  https://pakdin.my/158329 - BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti dalam kejadian dipercayai langgar lari di Lorong Permata 2, di Jalan Sungai Plan Tanjung Kidurong, hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Katanya, siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang memandu keretanya dari arah Sungai Plan menghala ke pusat bandar. "Sampai di lokasi insiden, mangsa memberhentikan keretanya dan keluar melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan," ujar beliau. Kes itu menurut Bingkok akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Ketua Bahagian Sias

[Video] ‘King’ redah palang tol RFID

Image
[Video] ‘King’ redah palang tol RFID Selanjutnya di: https://pakdin.my/158322   - Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah. Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya. Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu. Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem. Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga