Posts

Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa?

Image
Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159193   Dalam MoU ada di tulis 2. Tempoh masa       2.1 . Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke - 14.     3.1 . Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen SEBELUM 31 haribulan Julai 2022 . Jadi jika parlimen dibubarkan pada 1 Ogos 2022 bermakna tarikh tamat MOU ialah 31 Julai lah kan.? Menteri Komunikasi tapi komunikasinya mengelirukan rakyat. Kah kah kah.

(VIDEO) BBQ atas batu meletup ketika berkelah

Image
(VIDEO) BBQ atas batu meletup ketika berkelah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/?p=159189 BERKELAH memang seronok tapi hati-hati kalau BBQ, boleh meletup! Berkelah dan beriadah di hujung minggu dan hari cuti sangat menyeronokkan kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang. Di samping beristirehat, bukan sahaja di tepi pantai, sungai atau tasik, kawasan air terjun juga menjadi pilihan bersantai. Seakan menjadi aktiviti wajib ketika bersantai ialah barbeku (BBQ). Pelbagai makanan boleh dipanggang seperti ayam, kambing, daging, sosej, makanan laut dan sebagainya. Bila makan ramai-ramai, barulah meriah dan berselera. Semuanya sedap, ditambah pula dengan perut yang berkeroncong selepas mandi-manda. Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan ini apabila tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ketika berkelah meletup secara tiba-tiba. Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok iaitu @huzaifahmiorbadri, kelihatan seorang perempuan dan lelaki sedang m

Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib

Image
Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib Selanjutnya:   https://pakdin.my/159183 Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Sejak dari dulu lagi, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik. Lagi tinggi harga minyak dunia, lagi kuat Ringgit Malaysia - dan sebaliknya. (Sebab itu garis merah dan biru biasanya akan gerak bersama sebelum ini dan sebab itu juga Ringgit menjadi lemah dari tahun 2014 hingga 2016 akibat kejatuhan mengejut harga minyak dunia ke bawah US$30 satu tong) Namun keadaannya sudah bertukar selepas PRU14. Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah. Ini adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi kita selepas PRU14. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan luar biasa selepas PRU14 termasuk: 1. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK yang semakin naik (berbanding penurunan defisit 9 tahun berturut-turut sebelum

[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar

Image
[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159176   Masjid Mahmoodi yang terletak berhampiran Pantai Irama di Bachok Kelantan mengalami kebakaran. Menurut sumber dari orang awam kejadian berlaku sejurus jemaah selesai solah Isyak berjemaah di masjid tersebut. Ketika kejadian masih terdapat ramai jemaah yang masih berada di masjid, namun kesemua jemaah berjaya keluar dari masjid dengan selamat. Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat sudah tiba di lokasi kejadian untuk kerja kerja memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku. Difahamkan kebakaran berpunca dari bilik Bilal melaungkan azan dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas. Namun begitu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan. Berita mengenai kebakaran tersebut disebarkan oleh orang ramai melalui whatsapp dan turut dikongsikan di media sosial yang lain. Masjid Mahmoodi merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Perupok di pinggir bandar Bach

‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ kata Najib

Image
‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159167   Ini posting saya dari April 2021 iaitu masa yang saya perhatikan ada yang tak betul dengan langkah kerajaan PN berhubungan harga ayam ketika itu. Masalah kekurangan dan kenaikkan ayam hari ini sehingga kami terpaksa hentikan eksport ayam sebenarnya berpunca dari langkah kerajaan PN pada bulan April 2021. Bulan itu yang kerajaan melaksanakan kawalan harga jualan ayam pada tahap yang lebih rendah berbanding harga pasaran dan langsung tidak mengambil kira kos dedak dan kos bahan api yang naik masa itu. Sejak bulan itu sistem kawalan harga telah dikenakan atas harga ayam dan telur. Kawalan harga yang tidak menyelesaikan masalah asas. Soalan asas tak pernah dijawab kerajaan atau menteri PPBM iaitu: "Siapa yang nak terus menjual barang jika ianya pada harga paksaan yang merugikan?" Sehingga ramai penternak dan ladang kurangkan pengeluaran atau gulung tikar. K

[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam

Image
[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159162   BAGAN AJAM: Sebuah kereta terbabas dan terbalik didalam air di tepi Pantai Bersih depan Flat Bagan Ajam Pulau Pinang petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

[Video] Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil

Image
  [Video] Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil Selanjutnya di: https://pakdin.my/159157  RECIFE: Ribut yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di di Timur Laut Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang. Menurut pegawai pasukan keselamatan, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih meneruskan pencarian. Banjir lumpur serta tanah runtuh memusnahkan beberapa rumah di kawasan kejiranan termasuk Jardim Monteverde, sebuah komuniti miskin terletak di luar bandar Recife. Ada penduduk menyamakan gelombang lumpur yang membadai kediaman mereka seperti deruan tsunami. Pasukan penyelamat menemui puluhan mayat tertimbus selepas banjir membadai kawasan kejiranan itu pada Sabtu lalu. Enam lagi mayat yang dilaporkan hilang di kawasan kejiranan itu berjaya ditemui Jumaat lalu, menjadikan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan, maklum kerajaan negeri Pernambuco. Di tempat lain pula, menurut pegawai pengurusan bencana menyaksikan sekurang-kurangnya lapan orang hilang a