Posts

Negara miskin bayar lebih untuk makanan

Image
Negara miskin bayar lebih untuk makanan Selanjutnya:   https://pakdin.my/159320 Kos import makanan dunia diramal mencecah AS$1.8 trilion (RM7.9 trilion) Harga tinggi dan kos pengangkutan menyumbang sebahagian besar kenaikan harga makanan berbanding kuantiti yang diimport. Pengeluaran bijirin utama dunia pula dijangka merosot pada tahun 2022. Negara-negara miskin dijangka paling menderita ketika krisis makanan global menjadi semakin buruk disebabkan perang di Ukraine kerana terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk kuantiti makanan yang berkurangan. Kos import makanan dunia diramal mencecah AS$1.8 trilion (RM7.9 trilion) tahun ini sekali gus rekod baharu selepas konflik Ukraine mendorong harga bijirin melambung tinggi. Namun, harga tinggi dan kos pengangkutan menyumbang sebahagian besar kenaikan harga makanan berbanding kuantiti yang diimport, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dalam laporannya.  “Adalah membimbangkan kerana banyak negara terjejas terpaks

[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua

Image
[Video] Pasar Dato Keramat terbakar dalam kejadian kali kedua Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159313   Kemusnahan akibat kebakaran pada jam 1:30 pagi di pasar berkenaan dianggarkan kira-kira 50 peratus. Turut membabitkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggarkan musnah kira-kira 10 peratus. Kebakaran itu berjaya dikawal jam 2.11 pagi. Pasar Keramat di Kampung Dato Keramat, di sini, terbakar lagi, awal pagi tadi, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada Mac tahun lalu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi. "Seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran lot kedai di pasar berkenaan dengan keadaan api sangat marak," katanya

Lelaki pukul jiran sehingga maut direman

Image
Lelaki pukul jiran sehingga maut direman Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159309   Lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek. Kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa menanam pokok di laluan jalan. KOTA BHARU: Suspek lelaki yang memukul jirannya menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Kelochor, di sini, semalam direman enam hari bagi membantu siasatan bermula hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Media semalam melaporkan, seorang warga emas Hor Keng Wah, 69, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dipukul oleh jirannya menggunakan sebatang kayu. Hasil siasatan awal dipercayai, kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisiha

15 warga Malaysia terbabit kemalangan bas di Arab Saudi

Image
15 warga Malaysia terbabit kemalangan bas di Arab Saudi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159304   Mereka merupakan pekerja di syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Meka Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kemalangan itu Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, mereka merupakan pekerja di syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah. Susulan insiden itu, mereka yang terlibat dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan. "Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan

PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar

Image
PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159297   PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui mengetahui agenda Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah besar. PAS komited memperjuangkan prinsip perpaduan ummah. PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di bawah khemah besar. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui mengetahui agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah dengan pembangkang. Bagaimanapun, katanya, PAS menolak pendekatan cuba dibawa Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada pertemuan dengannya sebelum ini. "PAS ada dimaklumkan dan tahu mengenai (khemah besar), tetapi kita tidak bersetuju dan memutuskan untuk menolaknya. "Kita berbincang bersama dan tid

Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata

Image
Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159292   Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68. Paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi. Jumlah dagangan merosot kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis. Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah dan melepasi paras psikologi 1,500 hari ini, didorong oleh jualan berterusan secara menyeluruh, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lemah, kata peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 15.76 mata atau 1.04 peratus kepada 1,493.95 daripada 1,509.71 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68, yang menjadi paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 667 kepada 254 manakala 400 kaunter tidak berubah, 953 ti

(Video) Aku terima nikahnya Nurul Nadia binti Johari dengan emas kahwinnya 500 juta ringgit tunai"

Image
(Video) "Aku terima nikahnya Nurul Nadia binti Johari dengan emas kahwinnya 500 juta ringgit tunai" Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159278    "Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya 'angkuh'... saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad," kata Sameer Danial Nordin, 30. Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu. Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok. Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500. Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri. "Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar t