Posts

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

Image
Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159479   BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan katanya, penyedilik Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baharu bagi mempertahankan Pulau Batu Putih. “Bukan dia tidak tahu pasukan penyelidik dari Jabatan Peguam Negara telah menemui tiga dokumen baru yang mengatasi surat daripada pemangku SS Johor yang di buat pada tahun 1953. “Bukan dia tidak tahu pendengaran kes di ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) telah di tetapkan pada 11 Jun 2018. “(Dr Mahathir) melepaskan kedaulatan negara dengan begitu sahaja,” katanya di ruangan komen Facebook pemilik akaun Salahuddin Hisham. Pemilik akaun Facebook berkenaan mengulas kenyataan Dr Mahathir berhubung isu tuntutan Pulau Batu Putih. Semalam, Dr Mahathir menyifatkan laporan media kononnya beliau mendesak supaya Ma

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Image
  Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju Selanjutnya di: https://pakdin.my/159451.  Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol dan rokok untuk projek bergambar Guru seni Emma Wright, 41, membenarkan murid berusia 15 tahun bergambar tanpa baju dalam kelas Puan Wright memperkenalkan murid kepada artis baharu, yang mencipta 'gambar-gambar yang menarik' Dia kemudian membenarkan murid mengambil gambar di Kolej Sains Huxlow, Northamptonshire Puan Wright telah dipecat dan kini telah dilarang daripada mengajar selama-lamanya Seorang guru wanita daripada sebuah sekolah menengah di United Kingdom (UK) digantung daripada jawatannya selepas membenarkan pelajar perempuan mengambil gambar tanpa baju untuk projek seni. The Sun melaporkan, Emma Wright, 41, sebelum ini bertugas sebagai guru seni di Kolej Sains Huxlow di Northamptonshire pada 2017. Wright baga

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Image
Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159447    Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah siap. Ini fakta betapa cerdiknya kepimpinan PH semasa berkuasa. 1. Projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) keseluruhan full spec RM9 billion diumumkan ketika dilancarkan oleh PM, DS Najib Razak ketika itu. Tapi PH lantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Nak 'jimat' punya fasal dia kata boleh jimatkan dengan harga low spec berjumlah RM16 billion.  2. Nak tanya, ada tak laluan atau stesen LRT 3 berhampiran rumah korang? Masa PH menggelupur berkuasa, mereka sembang ekonomi negara kita macam dah nazak teruk. Tunggu masa nak bankrupt jer. Nak jimat punya fasal, PH kurangkan beberapa stesen LRT 3. 3. PH punya brilliant idea, nak jimat punya fasal lagi, PH

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Image
Gol pelik punca Selangor diratah JDT Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159441    Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. Malah pengendali dari Jerman itu menyifatkan agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan. "Gol pertama yang dijaringkan oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentrasi. "Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringkan JDT yang saya anggap agak pelik sehingga

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Image
[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar. Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159436    Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang sehingga Bukit Tagar. Info dari: Towing Hulu Selangor  https://web.facebook.com/towinghuluselangor   Anuar Zainudin  https://web.facebook.com/profile.php?id=100053929111626