Posts

[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis

Image
[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159612 Susulan kes hina agama, lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telahpun ditahan polis di kediamannya hari ini.  Terdahulu, suspek telah memuat naik video menghina agama Islam dan mencabar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tampil mengambil tindakan terhadap dirinya.  Bagaimanapun, tindakannya itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengesan lokasi sebenar lelaki itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bertindak membelasahnya.  Ketika diserbu secara mengejut, lelaki itu disoal mengapa dia berbuat demikian dan apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah, dia akur dan mengucap dengan lancar.  "Habis, kenapa kau buat benda macam ni?" soal salah seorang lelaki yang turut serta dalam serbuan itu.  Dalam video terkini, kelihatan anggota polis hadir di lokasi kejadian dan suspek telah digari sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.  Orang ramai dinasihat tidak menyalahgu

3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh

Image
3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh BOGOTA: Tiga kanak-kanak maut apabila sebuah sekolah luar bandar ditimpa tanah runtuh di Andes, barat laut Colombia, semalam. Tanah runtuh itu menimbus sekumpulan murid yang sedang menjalani waktu rehat bersama seorang guru dan ibu seorang kanak-kanak terbabit. "Dimaklumkan berita amat menyedihkan: tiga kanak-kanak terkorban dalam kejadian ini," kata Datuk Bandar Andes, Carlos Osorio, kepada media tanpa memberikan butiran umur mangsa. Bagaimanapun, beliau berkata, 17 murid lain bersama guru serta ibu yang tertimbus itu terselamat, manakala dua lagi kanak-kanak dirawat di sebuah hospital berdekatan dan berada dalam keadaan stabil. Puluhan penduduk kampung membantu anggota penyelamat daripada pasukan tentera dalam usaha menyelamatkan mangsa terbabit. Rakaman video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan puluhan orang bertungkus lumus mengalihkan timbunan pokok dan runtuhan, selain dua mesin pengorek turut digunakan. Tanah runtuh itu

[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Image
[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159598/ KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang. Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis. “Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini. “Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok. “Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini. Selain itu, puluhan pokok d

Boleh tanam 10 pokok ganja saja

Image
Boleh tanam 10 pokok ganja saja Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159594 Jawatankuasa Draf Akta Kanabis dan Hemp Thailand memutuskan untuk mengehadkan hanya 10 pokok ganja yang boleh ditanam bagi kegunaan isi rumah. Jawatankuasa turut menetapkan keluasan tanah bagi menanam kanabis untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Jurucakap jawatankuasa itu, Panthep Puapongpan berkata, keputusan berkenaan akan dibahaskan di Dewan Rakyat bagi bacaan kedua dan ketiga selepas bacaan pertama diluluskan pada 8 Jun lalu. Rang undang-undang itu dirangka bagi mengawal penggunaan, penjualan, import dan eksport tumbuhan dan ekstrak kanabis, namun tidak menetapkan jumlah tertentu yang boleh ditanam seorang individu sebelum ini. Panthep menjelaskan perusahaan kecil bagi tanaman kanabis merujuk kepada keluasan tanah tidak melebihi 0.8 hektar, manakala perusahaan sederhana bagi tanah kurang 3.2 hektar dan sebarang tanah melebihi 3.2 hektar adalah perusahaan besar. Bagaimanapun tiada had bagi jumlah kanab

Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan

Image
Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159590 Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times. Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.87 bilion). Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka. Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi ob

Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung

Image
Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159585 Selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya. Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. KUALA LUMPUR - Seorang bekas ahli perniagaan mati ditembak dengan tiga das tembakan selepas pulang bermain mahjung di rumah rakannya di kawasan perumahan elit di Jalan Desa Kiara 1 di sini awal pagi Selasa (12/7/2022). Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan berkenaan kejadian itu pada jam 12.09 tengah malam. Menurutnya, selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna

Minyak masak peket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘melimpah’ di Golok

Image
Minyak masak peket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘melimpah’ di Golok Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159565 Hampir semua kedai runcit di Pasar Sungai Golok menjual minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia, selain barang kawalan lain seperti tepung gandum dan gula. Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai “Esen” berkata, dia menjual semua barangan bersubsidi dari Malaysia, termasuk minyak petrol dan diesel. Dia turut mendakwa, penjualan dan penyeludupan barang kawalan dari Malaysia bukan perkara pelik dan sudah sudah lama berlaku. Ketika rakyat merungut tentang kekurangan bekalan minyak masak peket, barang bersubsidi itu dikatakan ‘melimpah’ di Thailand, malah dilonggok di kedai untuk menarik pelanggan. Tinjauan mendapati hampir semua kedai runcit di Pasar Sungai Golok dan kawasan sekitar menjual minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia, selain beberapa barang kawalan lain seperti tepung gandum dan gula. Seorang peniaga runcit yang hanya mahu dikenali sebagai “Ting” berkata