Posts

Image
Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547 YALA (Thailand) -- Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini. Kejadian belaku kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika sekumpulan polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata yang menaiki sebuah pikap dalam perjalanan ke tempat kejadian serangan yang berlaku pada malam Khamis.  Enam buah kenderaan di dua lokasi di Bannang Sata dilaporkan terbakar dalam serangan itu. Ketua Polis Daerah Bannang Satar Kolonel Polis Ranon Surawit berkata sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. VIDEO berkaitan https://www.instagram.com/p/ChbsXptggV3/ “Akibat letupan yang kuat, pikap itu terbabas. Sekumpulan lelaki dipercayai bersembunyi di kawasan hutan berdekatan turut melepaskan temba

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Image
[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514 Soalan diajukan oleh Putrajaya kepada Kota Melaka mengenai sentimen pengundi, kononnya apabila PH bergabung dengan BN maka ia seperti tidak menghormati semangat anti lompat parti.  First of all, aku cuma nak kata Radzi Jidin ni tak bijak. Nak fokus sentimen pengundi tapi sudahnya semangat anti lompat parti pulak jadi point. Pening betul mantan Menteri Pendidikan yang tak perform ni.  Bila kena bidas dengan jawapan padu dan simple, terkial-kial kata itu bukan maksud dia. Hampas!  Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk.  Pertikaian Nasional sikit punya sombong especially Mahiaddin sendiri cakap dah sign tapi tulis tidak bersetuju bila YDP Agong cadangkan untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.  Nah! Sampai hari ni Pertikaian Nasional meroyan.. Kesian. #RakyatBijak #Lawan

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501 BAGAN DATUK  -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini hadir di sini memberikan penghormatan terakhir kepada ibu angkatnya Cheah Seoh Lian yang meninggal dunia di kediamannya di sini pada Ahad lepas. Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun disedari meninggal dunia di dalam biliknya ketika sedang tidur pada kira-kira pukul 11 pagi. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. Sebaik tiba pada kira-kira pukul 12.40 tengah hari, Ahmad Zahid segera menenangkan rakan karibnya Beh Song Wan, 60, atau 'Bujang' yang merupakan anak kepada mendiang. Ahmad Zahid berkata hubungan antara beliau dan mendiang serta enam anak-anaknya amat rapat malah mereka dianggap sep

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor

Image
[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490 Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuatkuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tambahnya tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan. “Berdasarkan reko

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

Image
[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu. SPRM yang mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, akan dipanggil dalam tempoh terdekat. "Muhyiddin akan dipanggil bagi dirakam kenyataan mengenai dakwaan RM300 juta yang diterima parti terbabit sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya," katanya. Sumber terbabit turut mengesahkan dua akaun bank milik BERSATU dengan jumlah baki RM40 juta sudah dibekukan suruhanjaya berkenaan. VIDEO berkaitan: https://youtube.com/shorts/qE7iOV57bbw Katanya, beberapa pemimpin BERSATU juga sudah dipanggil untuk direkod kenyataan, termasuk bendahari parti terbabit. "Hasil pemeriksaan menunju

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Image
[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469 KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023. Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat. Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut. "Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini. "Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini,"

[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM

Image
[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162457 Demi memastikan golongan belia terutama di luar bandar sentiasa berpeluang meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, pemerkasaan aspek keusahawanan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) menjadi antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KKDW bekerjasama dengan 12 kementerian lain bagi mencapai misi itu. “Kita tidak bergerak secara silo, terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian berkaitan, terutama  dalam kursus TVET yang memfokuskan kursus usahawan. Jika perniagaan itu besar, kita bekerjasama juga dengan institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai pembaharuan yang dibawa kementerian dalam menjadikan KKDW mesra ana