Posts

JALAN MEREKAH DI FELDA SAHABAT LAHAD DATU, BUKAN BERPUNCA DARIPADA GEMPA BUMI

Image
LAHAD DATU: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, semalam bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan hujan lebat di daerah ini, termasuk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu "Kejadian itu berlaku pada pagi semalam dan ia bukan kerana gempa bumi seperti viral di media sosial. Kerja pembaikan jalan terbabit kini giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membina laluan alternatif di bahu jalan berkenaan untuk kemudahan pengguna. Lokasi kejadian terletak lebih 100 kilometer dari bandar ini.

APABILA GEORGE SOROS MENGAKU SEBAGAI TUHAN, APAKAH NASIB MALAYSIA?

Image
https://youtu.be/0991ClKqBhc George Soros yang dikaitkan membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini, pernah mengaku dirinya adalah `tuhan' dan mencipta segala-galanya. Soros juga pernah memberi amaran bahawa beliau mementingkan diri sendiri dengan kaedah biasa tidak berkesan kepadanya. Perkara berkenaan disiarkan oleh media luar negara sekitar bulan Ogos lalu. Malah ketika ditanya oleh akhbar Independent mengenai kenyataannya itu, Soros berkata: ``Jika anda menganggap diri anda tuhan yang menciptakan segalanya, ianya seperti satu penyakit. Tetapi saya rasa selesa sekarang ini sejak saya mula hidup dengan pemikiran sebegitu. Kenyataan berkenaan dibuatnya ketika kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat giat dijalankan dan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Soros telah menguasai Clinton. Bukti bahawa Clinton dikuasai Soros telah didedahkan oleh Wikileaks DC di mana Soros pernah memberi arahan kepada Clinton ketika beliau menjadi Setiausaha Negara AS untuk campur

BERSIH 5 BUDAYA SESAT?

Image
TINDAKAN beberapa kuasa asing cuba menganggu urusan negara kita merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab. Namun usaha ini hanya 'bertepuk sebelah tangan' sekiranya tiada individu atau mana-mana pihak dalam negara yang bekerjasama dengan mereka bagi menghancurkan negara. Inilah yang berlaku dalam negara kita melalui gerakan BERSIH yang dipelopori oleh pemimpin pembangkang, termasuklah bekas pemimpin negara. Apa yang dilakukan oleh BERSIH ini telah mendapat kritikan hebat dari mereka yang menyedari akan bahayanya terhadap kedaulatan dan keselamatan negara. Terbaru, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mula berasa kecewa dengan pemimpin terdahulu yang mengibaratkannya seperti "kacang lupakan kulit" kerana pemimpin yang telah diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar sehingga sanggup menghapuskan hak orang yang memberinya kuasa dahulu. Mesej titah dari Sultan Ibrahim, mana-mana rakyat yang tidak berpuas hati de

YAHUDI PERINTAH DUNIA GUNA PROKSI, KINI MAHATHIR ADALAH PROKSI ITU

Image
Bagaimana keindahan dunia politik, sang kawan boleh jadi musuh dan sang musuh boleh jadi kawan dan inilah yang terlihat di hadapan mata kita. Politik bukan untuk kebaikan atau keburukan, Politik adalah untuk capai matlamat. Jika sudah suka kepada seseorang individu, jahat macam mana pun dia tetap akan disukai, begitulah yang kita boleh lihat terhadap Anwar Ibrahim. Pada satu waktu dahulu, sebaik sahaja Anwar Ibrahim mengalami mata yang lebam, ketika wartawan bertanya kepada Tun Mahathir, jawapan awal yang diberi adalah "berkemungkinan dia menumbuk dirinya sendiri". Namun selepas siasatan didapati dia ditumbuk oleh seorang Ketua Polis yang akhirnya memohon maaf. Terlalu benci Tun Mahathir kepada Anwar sebagai penggangu matlamatnya. Kemudian Tun Mahathir mendidik rakyat Malaysia supaya menjauhi Anwar kerana Tun M "hendak duduk dekat pun takut nak beralih belakang pun tak berani" dengan Anwar. Itulah politik. Yang hendak dilakukan lebih penting dari apa y

KRONI PLUS ADALAH 14.55 JUTA PENCARUM KWSP

Image
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyangkal dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa kerajaan hanya menjaga 'kroni' dengan membenarkan Lebuhraya Utara-Selatan untuk terus mengutip tol secara tidak munasabah. Beliau berharap ketua menteri Pulau Pinang itu menghabiskan lebih banyak masa memahami keadaan sebenar dan bukannya mengeluarkan kenyataan populis yang tidak berasaskan kepada realiti, dan Guan Eng juga tidak bertanggungjawab dengan melabelkan secara sembarangan semua pihak sebagai kroni. Katanya pada 2011, kerajaan menswastakan PLUS Malaysia Berhad (Plus) untuk merasionalkan keseluruhan struktur tol kesemua konsesi lebuh raya di bawah Kumpulan Plus serta untuk mengelak kenaikan tol yang tidak sepatutnya. Fadillah berkata tiada satu pun saham syarikat konsesi itu kini dimiliki apa yang didakwa Guan Eng sebagai 'kroni' persendirian, sebaliknya 51 peratus dimiliki kerajaan manakala 49 peratus dipegang Kumpulan Wang

NAJIB SARAN KENAIKAN MINIMUM BAHAN API, SEPATUTNYA KENAIKAN 20 SEN - JOHARI

Image
Harga runcit semasa bahan api pada November sepatutnya naik sebanyak 20 seliter tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan harga (peningkatan) perlu dikurangkan sedikit kepada 15 sen. Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu pemberita bahawa Najib merasakan tidak adil untuk menaikkan harga bahan api terlalu tinggi. "Berdasarkan harga Oktober, peningkatan sebenar harga sepatutnya 20 sen. Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan harga (peningkatan) patut dikurangkan sedikit disebabkan kenaikan tidak boleh terlalu tinggi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 Institut Kepimpinan Strategik Asia di sini Selasa. Katanya, harga runcit semasa bahan api dikira berdasarkan harga purata pada setiap bulan. Johari berkata selain harga minyak dunia, faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan api ialah pergerakan ringgit berbanding dolar US, dengan pengukuhan ri

Lawatan Rasmi Najib ke China Bersama Keluarga Atas Jemputan - Pakatun, ProTun dan Rafizi Lupa Madey Pun Bawa Keluarga

Image
KELUARGA NAJIB DIJEMPUT DALAM LAWATAN RASMI KE CHINA Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput untuk menyertai beliau dalam lawatan rasminya ke China, kata pembantu kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Rizal Mansor berkata, Najib jarang-jarang membawa keluarganya turut serta dalam lawatan rasminya. "Kerajaan China telah menjemput perdana menteri dan keluarganya untuk lawatan rasmi ini," kata Rizal. "Bagi sesiapa yang biasa dengan budaya masyarakat Cina akan tahu bahawa ini adalah keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan," katanya. Rizal berkata kepentingan hubungan itu memberi makna lebih besar yang dapat dilihat melalui peribahasa lama Cina yang bermaksud 'apabila anda minum air, fikirkan tentang puncanya'. Katanya, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib,