Posts

Showing posts with the label Reman

SPRM tahan empat pegawai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri

Image
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri. Sumber terdekat SPRM berkata, selain itu, pihaknya telah mendapatkan perintah reman ke atas semua suspek di Mahkamah Putrajaya. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16a, meminta/menerima rasuah. “Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya ringkas. Seksyen 16 dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 Akta SPRM 2009 (Akta 694) adalah undang-undang yang digubal untuk memperkukuh usaha memerangi rasuah di Malaysia. Berikut adalah ringkasan mengenai Seksyen 16 dan 17(a) A...

VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI

Image
VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163197 DUNGUN  -- Seorang buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 April, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi dekat sini, pagi semalam. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 8.42 pagi dengan diiringi anggota polis. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 5 April 2023, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lepas. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah dilapor berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia...