Posts

Showing posts with the label Banjir Lumpur

Los Angeles dilanda banjir lumpur selepas kebakaran besar

Image
LOS ANGELES – Banjir lumpur menimbus jalan-jalan sekitar Los Angeles semalam selepas hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat kebakaran hutan pada bulan lalu. Bencana terbaru itu turut menyaksikan lereng beberapa buah bukit runtuh. Taburan hujan sehingga 7 sentimeter melanda beberapa kawasan di Los Angeles dalam sehari, menyebabkan lokasi terjejas teruk akibat kebakaran hutan khususnya di Pallisades Pasifik dan Altadena dilanda banjir lumpur. Banjir kilat itu turut menghanyutkan sebuah kenderaan milik Jabatan Bomba Los Angeles ke dalam laut semalam. Pegawai bomba yang memandu kenderaan itu semasa kejadian bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan. Di Bukit Hollywood yang didiami bintang filem dan golongan pekerja, banjir lumpur menimbus sebatang jalam utama. Di Altadena di mana beribu-ribu bangunan hangus dalam kebakaran besar bulan lalu pula, sejumlah kenderaan terkandas di dalam lumpur. Kerosakan itu berlaku walaupun pihak berkuasa tempatan melakukan persia...

[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil

Image
[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil Sumber:   https://pakdin.my/158065 ... RIO DE JANEIRO: Hujan lebat  menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di seluruh negeri Rio de Janeiro di Brazil. Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 14 orang termasuk lapan kanak-kanak maut manakala lima lagi penduduk masih hilang dalam kejadian itu. Jelas pihak berkuasa, mangsa termasuk seorang ibu dan enam anaknya tertimbus apabila tanah runtuh menghanyutkan kediaman mereka. “Tanah runtuh di kawasan perumahan Ponta Negra mengorbankan seorang wanita dan enam anaknya yang berusia dua, lima, lapan, 10, 15 dan 17 tahun. “Anak ketujuh berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital yang mana mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya. Tambahnya, empat orang lagi dilaporkan cedera. Enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak maut di bandar Angra dos Reis. “Beberapa penduduk berjaya diselamatkan manakala lima lagi masih hilang,” katanya. Presiden Jair Bolsonaro menerusi hantaran di ...