Posts

Showing posts with the label ICQS

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Image
Pembinaan laluan baharu menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, dijangka dapat disiapkan lebih awal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata projek pembinaan jalan berkenaan adalah milik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilaksanakan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR). Katanya, projek bernilai RM141.6 juta itu kini mencapai tahap kemajuan 47 peratus siap dengan ia dijangka dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan iaitu pada September depan. "Skop utama projek ini adalah merangkumi pembinaan jalan berkembar enam lorong dua hala baharu sepanjang 900 meter di sempadan Malaysia-Thailand. "Kerja pembinaan turut membabitkan pembinaan Jalan Perkhidmatan piawaian sepanjang 300 meter ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam. "Turut dilakukan kerja merobohkan bangunan dan fasiliti lama bagi menggantikan dengan bangunan...

ICQS Rantau Panjang sesak kerana 'fenomena Hatyai'

Image
  ICQS Rantau Panjang sesak kerana 'fenomena Hatyai' BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170726 RANTAU PANJANG: Pintu sempadan Malaysia - Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak dengan ribuan pelancong dari dalam negara mahu bercuti di Hatyai, Thailand. Tinjauan ke lokasi hari ini, mendapati orang ramai mula berkumpul seawal 5.30 pagi, menunggu pagar sempadan yang dibuka pihak berkuasa, 7 pagi, selain berlaku kesesakan kenderaan sejauh lebih satu kilometer (km). Seorang pelancong, Fatin Nabila Sabri, 31, berkata, dia bersama 11 rakan lain menaiki van dari Kuantan, Pahang, untuk melancong ke Thailand dan sampai 3 pagi, di sini, sebelum beratur untuk memasuki pintu sempadan. "Kami sudah sedia maklum bahawa akan berlaku kesesakan untuk proses pengesahan pas sempadan atau pasport selepas melihat situasi ini mula tular di media sosial. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti ke Hatyai. "...