Posts

Showing posts with the label PBM

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu

Image
  ‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154299 ] Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mengesahkan laporan mengatakan Zuraida Kamaruddin dikeluarkan daripada kumpulan perbualan mereka. “Ada benarnya juga apa yang diberitakan ini,” kata Muhammad Faiz Na’aman ketika ditanya mengenai laporan Utusan Online. Portal itu melaporkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp yang dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Muhyiddin Yassin minggu lepas. Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa PPBM sedang menyiasat dakwaan bahawa Zuraida yang merupakan bekas Naib Presiden PKR yang berhijrah ke PPBM susulan Langkah Sheraton tahun lepas, kini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia. “Ini hal dalaman parti yang tidak patut terus dipolemikkan,” kata Faiz. Zuraida dalam satu temu bual berkata, pihak parti tidak memaklumkan apa-apa kepadanya berhubung kedudukannya, sama ada secara rasmi atau tidak. “Saya tidak t