Posts

Showing posts with the label Selangor FC

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Image
Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mendedikasikan jaringan hatriknya ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super 2024/25, buat semua penyokong skuad Gergasi Merah. Lebih manis, hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas. “Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini adalah tiga gol untuk anda semua rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor. “Terima kasih kepada kawan-kawan saya, terima kasih pengurusan, terima kasih penyokong Selangor,” katanya dalam hantaran di Instagram Story Selangor FC. Dalam perlawanan berdepan Kelantan Darul Naim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam, Faisal Halim mencipta hatrik selepas meledak jaringan pada minit ke-13, minit ke-45+2 dan minit ke-66 untuk membantu Selangor melakar kemenangan 7-0. Empat l...

Piala Cabaran: Selangor FC juara, belasah PDRM FC 7-0

Image
Seperti dijangka, Selangor FC tamatkan penantian selepas menjulang trofi pertama dalam tempoh 10 tahun selepas menjulang Piala Cabaran apabila menewaskan PDRM FC dengan keputusan agregat 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi. Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah seperti sudah meletakkan sebelah tangan ke atas trofi selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghadiahkan kemenangan 3-0 pada aksi final pertama minggu lepas susulan kesilapan The Cops yang menurunkan pemain yang digantung perlawanan. Situasi tersebut tidak menghalang Selangor FC untuk berpesta apabila meraih gol pada seawal minit keempat hasil jaringan Ali Olwan yang menyudahkan hantaran Ronnie Fernandez. Gol tersebut menaikkan semangat Selangor FC untuk meraih gol kedua dengan kini giliran Yohandry Orozco mencetak nama selaku penjaring berselang lima minit kemudian. Nasib malang terus menghantui PDRM FC selepas diarahkan bermain dengan 10 pemain bermula minit ke-21 apabila Muhammad Eizrul Ashraf No...

Piala Cabaran: Selangor FC diberi kemenangan 3-0

Image
Pasukan Selangor FC semakin hampir menamatkan penantian 10 tahun selepas diberikan kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC pada aksi final pertama Piala Cabaran minggu lalu. Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan membuat keputusan menjatuhkan hukuman kepada The Cops yang didapati bersalah menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi di Stadium MBPJ itu. Situasi tersebut menyaksikan skuad Gergasi Merah dihadiahkan kemenangan 3-0 dan membatalkan kemangan tipis 3-2 yang diraih minggu lalu. “Pada perlawanan tersebut, PDRM FC memasukkan Mohd Safiee Ahmad sebagai pemain gantian pada minit ke-58, sedangkan pemain berjersi No. 32 itu sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning iaitu pada Suku Akhir 1 menentang Melaka FC dan Separuh Akhir 2 bertemu Kedah Darul Aman FC. “PDRM FC didapati bersalah kerana melanggar Artikel 57 (berkenaan ketidaklayakkan) yang dibaca bersama Artikel 32 (berkenaan perlucutan hak) dalam Kod Tat...

Piala Cabaran - Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2

Image
Walaupun tempang setelah dihukum beraksi dengan 10 pemain selama lebih 80 minit, Selangor FC tetap membuktikan kehebatan mereka dengan menewaskan juara bertahan PDRM FC 3-2 pada aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam ini. Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, Gergasi Merah terus melaungkan amaran awal apabila Alvin Fortes meledakkan gol pertama hasil umpanan Ronnie Fernandez seawal minit ketiga. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila, tujuh minit kemudian (minit ke-11), kapten Selangor Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kekasaran terhadap penyerang PDRM Shahrel Fikri Fauzi. Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Selangor enggan mengalah dengan Fortes menggandakan jaringan pada minit ke-18. Namun, kealpaan benteng pertahanan membawa padah apabila Shahrel merapatkan jurang selepas berjaya menewaskan penjaga gol Selangor Kamalullah Al Hafiz Mat Rowi pada minit ke-27....

Selangor berpesta gol benam Perak 4-0

Image
Selangor berpesta gol benam Perak 4-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165160 Selangor FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh , Perak malam ini dan membawa pulang tiga mata berharga. Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle. Berselang lima minit kemudian, penyerang kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menggandakan jaringan buat Gergasi Merah apabila bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan Perak sebelum menewaskan penjaga gawang T Shaheeswaran. Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran. VIDEO berkaitan: Ayron kemudian terus menjadi du...