Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mendedikasikan jaringan hatriknya ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super 2024/25, buat semua penyokong skuad Gergasi Merah. Lebih manis, hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas. “Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini adalah tiga gol untuk anda semua rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor. “Terima kasih kepada kawan-kawan saya, terima kasih pengurusan, terima kasih penyokong Selangor,” katanya dalam hantaran di Instagram Story Selangor FC. Dalam perlawanan berdepan Kelantan Darul Naim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam, Faisal Halim mencipta hatrik selepas meledak jaringan pada minit ke-13, minit ke-45+2 dan minit ke-66 untuk membantu Selangor melakar kemenangan 7-0. Empat l...