Posts

Showing posts with the label Rumah

Rumah, kedai hangus dijilat api di Kampung Baru

Image
KUALA LUMPUR – Sebuah rumah dan kedai dilaporkan musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Raja Musa, Kampung Baru, di sini, pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi. Katanya, seramai 23 anggota serta jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, kebakaran didapati memusnahkan 100 peratus bangunan kedai dan sebuah motosikal manakala sebuah rumah terbakar 80 peratus. “Kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.41 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.38 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran dalam siasatan. Kebakaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2025 Sebuah insiden kebakaran telah berlaku di Jalan Raja Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pagi 15 Mei 2025. Berikut adalah butiran utama kejadian berdasarkan laporan terkini:...

[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api

Image
[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163972 BERA – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Taman Kerayong Makmur, di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan. Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.10 tengah hari dan seramai 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian. “Apabila tiba di lokasi, benar berlaku kebakaran dan dipercayai api bermula daripada bahagian dapur. “Kemusnahan melibatkan 100 peratus dan tidak membabitkan mangsa,”katanya di sini hari ini. https://youtu.be/nStYHxQa0vM Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 35 minit dan pemantauan masih dilakukan. Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.