Posts

Showing posts with the label Pusat Hiburan

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

Image
Seorang anggota polis wanita berusia 26 tahun ditahan dalam Ops Hiburan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini awal pagi Rabu kerana didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata dalam operasi yang dijalankan pukul 2 pagi itu, wanita berkenaan didapati positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin dan Benzo selepas menjalani ujian saringan air kencing. "Wanita tersebut,  yang merupakan pegawai rendah polis sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata anggota polis itu direman selama dua hari sehingga hari ini dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Selain anggota polis wanita tersebut, Mohamad Lazim berkata seramai 66 individu lain diperiksa dan 11 warga asing ditahan atas kesalahan...

[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu

Image
[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu Sumber:  https://pakdin.my/157587 - KUALA LUMPUR: Kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan bayaran sehingga RM1,000 terbongkar menerusi serbuan Jabatan Imigresen (JIM), semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya membuat serbuan di pusat hiburan itu kira-kira jam 10 malam tadi. "Dalam serbuan itu, kami memeriksa seramai 100 individu yang berada di dalam pusat hiburan berkenaan membabitkan 79 individu tempatan serta 21 warga asing. "Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 25 individu terdiri 21 wanita warga asing serta empat warga tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus, juruwang serta penjaga premis. "Seramai 21 wanita warga asing yang ditahan itu membabitkan 19 warga Thailand serta dua warga Vietnam berusia antara 23 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO...

Polis serbu premis jadi sarang pelacur

Image
Polis serbu premis jadi sarang pelacur  - [ https://pakdin.my/155053 ] Polis menyerbu sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini yang menjalankan kegiatan pelacuran dengan menahan sembilan individu malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, pemeriksaan kemudian menahan dua lelaki sebagai penjaga dan tujuh wanita warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran. "Ketika pemeriksaan terdapat empat lelaki dipercayai untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit. "Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit, 19 keping kondom, tuala, jadual kerja dan wang tunai RM90," katanya dalam kenyataan hari ini. Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta...