Premis langganan pelacur serendah RM60 diserbu pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: Menawarkan khidmat pelacuran pada waktu pejabat kepada lelaki tempatan dan warga asing. Premis pelacuran beroperasi dari 9 pagi sehingga 5.30 petang itu dikesan menyediakan wanita warga asing dengan mengenakan bayaran serendah RM60 kepada setiap pelanggan. Malah, premis beroperasi di tingkat atas sebuah rumah kedai di Jalan Pudu di sini, turut dikawal rapi oleh penjaga di bahagian bawah bangunan selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal pergerakan pelanggan. Seorang wanita warga Indonesia mahu dikenali Yasmine, 33, berkata, dia masuk ke negara ini pada September lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum bekerja di premis berkenaan. "Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu pejabat di negara asal namun gaji yang diterima amat rendah, jadi saya memilih untuk bekerja sebagai pelacur dengan pendapatan lebih tinggi. "Pelanggan yang datang ke sini akan dikenakan bayaran RM60 bagi setiap sesi dan sehari saya menerima kira-kira 10 orang pelanggan,...