Posts

Showing posts with the label CEO

CEO INSKEN tamat perkhidmatan setelah lapan tahun curah bakti

Image
Setelah lapan tahun mencurahkan bakti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) Muhd Firdaus Azharuddin menamatkan kontrak perkhidmatan. Memulakan pucuk pimpinannya di INSKEN sejak 2017, beliau melaksanakan mandat serta tanggungjawab diberikan dengan baik dan sering mengutamakan aspek pembangunan keusahawanan terutamanya kategori mikro serta informal. INSKEN dalam kenyataan hari ini memaklumkan agensi di bawah kendalian Muhd Firdaus telah menyaksikan impak keberhasilan program yang luar biasa serta pelbagai inisiatif baharu juga diperkenalkan. "Peningkatan hasil jualan bagi Program Bimbingan INSKEN iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching ((BBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu adalah antara sumbangan terbesar beliau kepada ekonomi negara," menurut kenyataan itu. Menurut INSKEN, kedua-dua program itu mencatatkan peningkatan hasil jualan hampir RM101 juta ketika di bawah kepimpinan Muhd Firdaus melalui modul-modul bimbingan yang dira...

[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion

Image
[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion BACA seterusnya di https://pakdin.my/161582/ Suspek berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5 peratus. Wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik Kontrak-kontrak berkenaan dianggarkan bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan pada Khamis kerana disyaki mengutip komisen daripada kontraktor yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan. Menurut sumber, suspek yang berusia 42 tahun berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Menurutnya, suspek ditahan ketika hadir member...

[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

Image
[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion? SUMBER:  https://pakdin.my/158107 ... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun. Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000. Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank...