Posts

Showing posts with the label Tanjung Malim

Dua suspek aktif curi kad sistem TM diberkas di Slim River

Image
Dua suspek aktif curi kad sistem TM diberkas di Slim River BACA di: https://huluselangor.com/?p=767319 Helah dua lelaki memperdaya polis dengan memakai baju berlogo Telekom Malaysia (TM) untuk mencuri kad sistem milik TM gagal apabila mereka yang sedang melakukan kegiatan itu, berhampiran stesen minyak di Slim River dekat Tanjung Malim, semalam diberkas. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata semasa anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Slim River melakukan tugas rondaan cegah jenayah di sekitar pekan Slim River pada 11 pagi semalam, ternampak kedua-dua suspek sedang membuka kabinet kad sistem. "Apabila pihak polis cuba menghampiri, kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda Accord yang didapati menggunakan plat pendaftaran palsu. "Pihak polis terus bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd Dom," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau hasil pemeriks

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Image
[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679 TANJUNG MALIM, 6 Jun (Bernama) - - Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). “Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap. “Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River

K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu

Image
K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165574 TANJUNG MALIM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim semalam.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua anjing pengesan dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia lapan tahun itu dengan melakukan kaedah pencarian di tebing sungai.  "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan sejauh dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.  "Keadaan di lokasi kejadian tidak mengizinkan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk pencarian dan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota," katanya dalam ken

Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan di Melaka

Image
Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim  bulan lalu ditahan di Melaka BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163537 TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit. "Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian. "Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertang

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Image
[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873 Pada jam 06:58 petang 25 Mac 2023,  Balai Bomba telah menerima panggilan kecemasan Orang hilang di Gunung Liang, Tanjung Malim. Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi atur gerak pasukan SAR.  Pasukan SAR diketuai Ketua Balai Bomba Tanjung Malim dan turut hadir pegawai kanan dilokasi Ketua Zon 4 Perak.  Pasukan penyelamat yang terdiri daripada Bomba Tanjung Malim, PDRM dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village di atur gerak dalam usaha pencarian 3 mangsa yang di khuatiri sesat. Mereka dipercayai terkandas di kawasan Gunung Liang, Tanjung Malim ketika melakukan aktiviti mendaki. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang terperangkap pada 5:35 petang. "Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

Image
[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut. "Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran. "Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya," katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mua

[VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI

Image
[VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI BACA seterusnya di https://pakdin.my/161798/?amp=1 MUALIM: Seorang pelajar wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini petang semalam. Kejadian melibatkan mangsa, M Yoogavani, 20, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat lagi rakannya cedera. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.55 petang. Katanya siasatan awal mendapati semua mangsa wanita itu dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak ke universiti terbabit di Tanjung Malim. “Kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pokok. “Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Jawi, Pulau Pinang dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk tindakan selan

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira

[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat

Image
[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat [Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155957 - TANJUNG MALIM: Hujan yang turun lebat tanpa henti sejak petang tadi hingga lewat petang menyebabkan kira-kira 10 rumah dilanda banjir kilat di Taman Bernam Perdana, dekat sini. Kejadian banjir kilat dipercayai berpunca daripada aliran air dari kawasan bukit menyebabkan longkang di kawasan perumahan tidak dapat menampung isi padu air lalu melimpah masuk ke dalam rumah penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bernam Perdana, Mohd Izwan Shahril, 39, berkata sejak tahun 2020 sudah tujuh kali kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat. Katanya, penduduk sebelum ini sudah memaklumkan kepada pihak pemaju mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan tindakan sudah diambil, namun masih tidak dapat menyelesaikan kejadian banjir kilat. "Longkang sedia ada mesti diperbesarkan kerana longkang berkenaan tidak

[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat

Image
[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155942 - Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial. Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air. Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi. Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air. Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Di Selangor pula, di Dianggarkan lebih 50 rumah t