Posts

Showing posts with the label Muay Thai

Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai

Image
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik pada masa akan datang. Ahmad Nor Iman Aliff, 21, yang mendambakan untuk beraksi di pentas berprestij itu, berkata Muay Thai semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda justeru sukan itu wajar diangkat ke tahap lebih tinggi apatah lagi Malaysia memiliki potensi besar untuk bersaing di pentas dunia. “Jika Muay Thai dipertandingkan di Olimpik suatu hari nanti, saya mahu menjadi antara yang mewakili Malaysia di peringkat itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Beliau turut menegaskan kesungguhan dan komitmennya untuk terus berlatih serta berjuang bagi mengharumkan nama negara. “Saya akan terus berlatih dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia. Tolong sokong saya, kerana saya mahu membawa kejayaan ini untuk kita semua,” katanya. Muay Thai, sukan tempur berasal dari Thailand, pernah dipertandingkan di Sukan SEA namun belum pernah dipertandi...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Image
[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160476/ Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kelantan, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam (Sabtu, 13 Ogos 2022). Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat. "Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. ...