Posts

Showing posts with the label PDRM

Abang belon ada 13 rekod lampau

Image
Dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden membabitkan ‘abang belon’ dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini baru-baru ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela. “Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman di sini hari ini. Dalam pada itu, menurut sumber, semakan rekod lampau terhadap penjaj...

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Image
Seorang pengawal keselamatan dikenal pasti menjadi saksi utama kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengawal tersebut berada di hadapan bangunan kedai yang jaraknya 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, saksi tersebut juga cedera dan polis sedang mengumpul maklumat serta keterangan daripada saksi berkenaan. “Ini bagi mengetahui sebarang aktiviti bakar, mengorek atau lain-lain aktiviti mencetuskan letupan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Hussein menjelaskan, secara keseluruhan, sebanyak 56 percakapan telah diambil melibatkan mangsa yang melihat dan berada di lokasi kejadian, kontraktor serta pekerja. “Kita juga telah menerima klip video dan rakaman kamera papan pemuka (dahscam) daripada sosial media dan saksi-saksi bebas sebanyak 20 kesemuanya. “Separuh daripadanya telah disiasat dan menerusinya kita jumpa saksi-saksi ini. Saya seru orang ramai yang mempunyai maklumat, gambar dan video menyerahkannya kepada po...

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Image
Polis mengesahkan berlaku kerja-kerja mengorek tanah di sekitar lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja-kerja itu dilakukan sebelum kejadian bagi tujuan menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada berada 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, polis telah mengenal pasti pemaju, kontraktor dan sub kontraktor dan pekerja yang terlibat yang menggunakan dua jentera iaitu jengkaut (excavator) dan jentolak (backhoe). “Kerja-kerja itu telah dihentikan pada 30 Mac lalu. Hasil siasatan polis dapati excavator turut terbenam dalam lubang itu. “Adakah kerja-kerja mengorek ini boleh menyebabkan letupan? Perlu disiasat lanjut bagi mengenal pasti perkara yang lain selain menemui keterangan fizikal yang lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Jelas Hussein, backhoe itu pula telah dibawa keluar sehari sebelum berlakunya letupan gas. “Bagaimanapun siasatan masih dilakukan sedalam dan sejauh mana kerja-kerja mengorek itu,” katanya. Just...

Pengarah Eksekutif MAYU Global, Tan Kim Hee Ditahan Polis

Image
KUALA LUMPUR – MAYU环球(MAYU, 7099, Kumpulan Produk Perindustrian dan Perkhidmatan Papan Utama)memaklumkan Pengarah Eksekutifnya, Tan Kim Hee (ejaan Cina), telah ditahan oleh Polis Bukit Aman untuk membantu siasatan. Menurut kenyataan syarikat, pihaknya belum dimaklumkan sama ada siasatan melibatkan syarikat atau anak syarikatnya, dan sebab sebenar siasatan masih belum jelas. “Dalam tempoh ini, tiga pengarah eksekutif lain akan sementara mengambil alih tugas Tan bagi memastikan operasi syarikat berterusan tanpa gangguan.” MAYU menegaskan, berdasarkan penilaian semasa, siasatan ini dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi kewangan atau operasi syarikat. Lembaga pengarah akan memberikan kemas kini sekiranya terdapat perkembangan penting. Kaitan dengan Skim Pelaburan MBI Menurut laporan The Edge , MAYU (dahulu dikenali sebagai ATTA环球) didakwa mempunyai kaitan dengan skim pelaburan haram kumpulan MBI. Polis dilaporkan menjalankan serbuan berskala besar dan menyiasat beberapa...

Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam

Image
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lalu maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada awal pagi Selasa 18 Februari 2025. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak menerusi satu operasi sekitar jam 3 pagi. Serbuan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Selangor di sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang. Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel. "Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut. "Semakan mendapati suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun. “Suspek turut dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini," katanya melalui kenyataan. Dalam ke...

[VIDEO] Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur ditahan di Kuala Terengganu - Polis

Image
KUANTAN – Polis hari ini berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh dengan kejam seorang wanita yang menjalankan urus niaga hantaran tunai (COD) di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada pukul 5.30 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak Kuala Terengganu. “Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang peniaga wanita yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. “Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu dilaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ketika menjalankan COD di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di ...

[VIDEO] Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur dikenal pasti - Polis

Image
Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kes wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam 13 Februari 2025. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini giat mengesan lelaki berusia 37 tahun itu yang menetap di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan. Beliau berkata suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan tidak mempunyai hubungan dengan mangsa yang juga ibu kepada seorang anak lelaki. "Suspek didapati pernah membuat pesanan makanan dengan mangsa dan bertemu di lokasi kejadian. Siasatan turut mendapati barang kemas wanita itu hilang selain terdapat kesan kecederaan di badan mangsa," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. Semalam, Bernama melaporkan mayat seorang peniaga ...

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

Image
Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa. “Polis juga pada ketika ini masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Hussein berkata berdasarkan maklumat diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua lagi mangsa lain yang turut dilaporkan mempunyai simptom sama berkait dengan kematian empat individu berkenaan telah mula sedar, namun berada dalam keadaan lemah. Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi. Pihak penganjur kemud...

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

Image
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau berkata proses bedah siasat telah dijalankan hari ini namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal.  “Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).  “Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222. Polis mengesahkan menerima laporan berhub...

Srikandi Bersatu buat laporan polis di seluruh negara terhadap Hannah

Image
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara serentak di setiap negeri kira-kira pukul 10 pagi tadi. Laporan itu berkait dengan pendedahan yang tular di media sosial berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember 2024 menolak saman fitnah Hannah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. KKB: Naib Ketua Srikandi Bersatu, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kes tersebut mempunyai implikasi besar kerana buku Becoming Hannah didakwa mengganggu keharmonian di negara inu. Jelasnya, sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan serta keharmonian, pihaknya merasa terancam dengan tindakan menteri itu yang berpotensi menjejaskan masa depan umat Islam. “Sehubungan itu, Srikandi Bersatu menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tindakan dan agenda Hannah. “Kami juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengharamka...

[TONTON] Dua lelaki pandu lawan arus ditahan, dadah dan senjata ditemui dalam kereta

Image
Tindakan dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 16 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini dengan memandu melawan arus membawa padah, apabila mereka berjaya ditahan setelah dikejar pihak polis sejauh 35 kilometer. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata dalam kejadian 11.32 pagi tadi anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya, telah mengejar kereta Proton Satria dinaiki kedua-dua suspek yang bertindak melanggar kereta MPV polis serta sebuah motosikal yang ditunggang oleh orang awam.  Beliau berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 29 tahun itu berjaya ditahan di Jalan PJU 1a/1 Ara Damansara, selepas adegan mengejar selama 30 minit. “Hasil pemeriksaan lanjut, sejumlah dadah dipercayai jenis syabu anggaran berat 12.87 gram telah ditemukan di dalam kenderaan suspek bersama-sama senjata dipercayai jenis electric shock wave. “Suspek pertama yang merupakan pemandu kenderaan mempunyai 11 rekod jenayah dan lima rekod jenay...

1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak?

Image
1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak? https://pakdin.my/174755/ Sedikit lawak. PDRM lawan SPRM. Saksi dari SPRM beritahu mahkamah bahawa mereka syak US$681 juta yang diterima Najib diguna untuk beli undi pada PRU13. Tapi saksi dari PDRM yang merupakan pakar money trail pula beritahu mahkamah bahawa dana hampir keseluruhan dana US$681 itu telah dikembalikan kepada penyumbang empat bulan kemudian. "1MDB trial: Najib returned US$620m to firm that gave him US$681m ‘ill-gotten gains’, sent RM162m to his other account" https://malaysia.news.yahoo.com/1mdb-trial-najib-returned-us-104622644.html Baki yang digunakan pula adalah seperti berikut: 1. UMNO - RM20 juta 2. UMNO Batu Kawan - RM500k 3. Tan Sri Lim Soon Peng RM246k untuk tujuan media sosial dalam bahasa Cina untuk mempromosikan Najib, konsep 1Malaysia dan BN. 4. Orb Solution RM2 juta untuk untuk tujuan media sosial dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk memp...

Salim Iskandar @ Parpu Kari ditahan polis

Image
Salim Iskandar @ Parpu Kari ditahan polis BACA seterusnya: https://pakdin.my/174294 Pempengaruh media sosial, Mohamad Salim Iskandar ditahan polis, di sini pada Khamis untuk siasatan mengenai hantarannya berkait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penahanan itu disahkan Mohamad Salim di akaun rasmi X miliknya. "Saya telah ditahan polis dan kini sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. "Teruskan perjuangan rakyat Malaysia!" katanya pada Khamis. Sementara itu, peguam bela yang mewakili Mohamad Salim, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, individu tersebut ditahan pada jam 11 malam (Khamis) dan dijangka direman pagi ini. "Tangkapan dibuat atas keperluan siasatan merujuk laporan berkenaan ciapan di X berkaitan akuan bersumpah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri," ujarnya.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap...

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Image
  Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua BACA seterusnya: https://pakdin.my/174228 Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi. Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu. “Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masi...

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Image
🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman BACA seterisnya: https://pakdin.my/174185 Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini. Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi. Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut. Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari. Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampiran lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan. Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan perg...

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Image
🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174146 Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan. Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa. Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang tadi. Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang. Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan bagi mengesan bukti baharu. Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam. Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan ...
Image
Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174138 Polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6. Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tapisan besar-besaran juga akan dibuat melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah terutama mereka yang terlibat dalam kesalahan seksual. “Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin. Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai m...

Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali

Image
Lelaki ditahan bersama air ketum di Batang Kali BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767399 KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT DALAM KES KETUM HULU SELANGOR, Pada jam lebih kurang 1800 hrs 08.12.2023, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Hulu Selangor telah berjaya menahan dan menangkap (1) lelaki warga tempatan di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor.  Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan telah menjumpai dan merampas (1) botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum. Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Sek.30(3) AR 1952.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor. PDRM Hulu S...

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Image
🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174077 Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Katanya, kes yang direkasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih dibawah siasatan IPD Petaling Jaya. “Pihak kami (Bukit Aman) turun petang ini untuk merencanakan operasi seterusnya bagi mengesan suspek yang masih terlalu awal untuk dirumuskan. “Siasatan sebelum ini, kita telah melalui lokasi sama (kejadian) dan pada lewat malam hari kedua baru ditemui mangsa di sana. “Kita boleh rumuskan bahawa mangsa tidak mati di lokasi kejadian. Mangsa...