Posts

Showing posts with the label Sweden

[VIDEO] 10 maut tembakan sekolah di Sweden

Image
STOCKHOLM – Kira-kira 10 orang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata semalam, dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan di Sweden. Susulan kejadian itu,  Perdana Menteri Ulf Kristersson menyifatkannya sebagai kejadian tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara berkenaan.  Pada mulanya, pihak berkuasa berkata bahawa beberapa orang cedera dalam keganasan di Kampus Risbergska. Ia merupakan sebuah sekolah menengah untuk golongan belia di bandar Orebro. Namun, ia tidak melaporkan sebarang kematian. Serangan di sekolah agak jarang berlaku di Sweden tetapi negara itu telah mengalami kejadian tembakan dan pengeboman yang dikaitkan dengan keganasan kumpulan yang membunuh berpuluh-puluh orang pada setiap tahun. “Kira-kira 10 orang terbunuh hari ini (semalam),” kata Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest kepada pemberita. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai jumlah mangsa yang cedera. Forest berkata, polis belum mengetahui motif kejadian tetap...

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry

Image
[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, yang dijadualkan bermula esok. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof. “Oleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. “Jadi saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan k...