Posts

Showing posts with the label Pakatan Harapan

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Image
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula pada 12 April, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan. “Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK Sungai Bakap, PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan ...

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN - Saifuddin

Image
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin. “Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keper...

Najib dakwa ada komplot PH dan Amerika untuk tukar rejim ketika dia menjadi PM

Image
Najib Abdul Razak mendakwa bahawa Amerika Syarikat di bawah pimpinan Demokrat bekerjasama dengan pembangkang Malaysia untuk melaksanakan pertukaran rejim ketika beliau menjadi perdana menteri. Beliau menyatakan bahawa halangan birokrasi ini berkaitan dengan usahanya mendapatkan bukti berkaitan 1MDB di mahkamah Amerika Syarikat pada 2021. Najib percaya bahawa tindakan penyitaan ini bermotifkan politik dan dirancang sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Parti Demokrat Amerika Syarikat dan parti pembangkang di Malaysia untuk melaksanakan pertukaran rejim. Beliau juga mendakwa bahawa kerjasama ini menghalang akses beliau kepada bukti yang boleh membersihkan namanya. Najib memberitahu mahkamah bahawa tanpa bukti pelepasan, beliau terpaksa menghadapi pendakwaan di Malaysia dengan tangan terikat. Beliau berpendapat bahawa Jabatan Kehakiman AS melindungi bukti pelepasan ini kerana ia sangat bermanfaat kepada beliau dan boleh menolak tuduhan liar yang dikemukakan dalam tindakan penyitaan...

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq...

[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai

Image
[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai BACA seterusnya di: pakdin.my/167395 - Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai. Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram. Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH. "Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah ...

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be...

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Image
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi. Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN. “Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri. “Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini. VIDEO berkaitan...

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Image
Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016 Propaganda ini telah tertanam masa itu sebab usaha menghasut dari penipu seperti Mahathir dan Rafizi Ramli yang memang tugas beliau adalah MENGHASUT. Cuba lihat graf Ringgit (hijau) berbanding harga minyak dunia (dunia). Ringgit mula melemah pada tahun 2014 (sebelum berita 1MDB tercetus) sebab harga minyak dunia telah menjunam dengan masa yang singkat ke paras paling rendah dalam dunia. Harga minyak Brent jatuh ke paras US$28 ketika itu dan jauh ke bawah kos pengeluaran negara sekitar US$50 hingga US$60. Peristiwa ini dikenali sebagai "Great oil crash 2014-2016". Sebab Malaysia sangat bergantung kepada eksport bahan petroliam maka ini memberi impak yang sangat besar kepada nilai Ringgit. VIDEO berkaitan: "Between mid-2014 and early 2016, the global economy faced one of the largest oil price declines in modern history. The 70 percent price drop during that period was one of the...

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Image
[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514 Soalan diajukan oleh Putrajaya kepada Kota Melaka mengenai sentimen pengundi, kononnya apabila PH bergabung dengan BN maka ia seperti tidak menghormati semangat anti lompat parti.  First of all, aku cuma nak kata Radzi Jidin ni tak bijak. Nak fokus sentimen pengundi tapi sudahnya semangat anti lompat parti pulak jadi point. Pening betul mantan Menteri Pendidikan yang tak perform ni.  Bila kena bidas dengan jawapan padu dan simple, terkial-kial kata itu bukan maksud dia. Hampas!  Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk.  Pertikaian Nasional sikit punya sombong especially Mahiaddin sendiri cakap dah sign tapi tulis tidak bersetuju bila YDP Agong cadangkan untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.  Nah! Sampai hari ni Pertikaian Nasional meroyan.. Kes...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Image
Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161027/ Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19 juta, Kula RM9 juta, Gobind RM12.4 juta, 80 calon PKR isytihar RM354 juta. Guan Eng tinggal di banglo bernilai RM7 juta. Diantara mereka, salah seorang calon DAP, Yeo Bee Yin, paling mewah. Dia berkahwin dengan salah satu keluarga terkaya di Malaysia. Suaminya dan adik lelakinya sahaja mempunyai aset bernilai AS$4.1b atau RM19.4 bilion - diwarisi daripada bapa mertuanya yang meninggal dunia 3 tahun lalu. Sebagai gambaran tentang betapa kayanya mereka, jika anda meletakkan RM19.4b itu dalam akaun simpanan yang memberikan faedah 6% setahun, faedah HARIAN mereka ialah RM3.2 juta. RM3.2 juta sehari! Yeo boleh dengan mudah meminta suaminya meluangkan hanya dua atau tiga hari pendapatan faedah untuk membiaya...

PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Image
PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160971/ Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas. Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah. Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau. “Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangka...

Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam

Image
Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam BACA seterusnya di https://pakdin.my/160962 Bukankah mereka sendiri yang telah khianati mandat diberikan rakyat PRU14 lalu? KRONOLOGI RINGKASNYA BEGINI... Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8! Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi? Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang! Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis apabila diminta komen mengenainya, "Dah pinjam (berhutang) tu bayar la..." Jangan kita lupa, Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut dan paling lahanat apabila ...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Image
Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159447    Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah siap. Ini fakta betapa cerdiknya kepimpinan PH semasa berkuasa. 1. Projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) keseluruhan full spec RM9 billion diumumkan ketika dilancarkan oleh PM, DS Najib Razak ketika itu. Tapi PH lantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Nak 'jimat' punya fasal dia kata boleh jimatkan dengan harga low spec berjumlah RM16 billion.  2. Nak tanya, ada tak laluan atau stesen LRT 3 berhampiran rumah korang? Masa PH menggelupur berkuasa, mereka sembang ekonomi negara kita macam dah nazak teruk. Tunggu masa nak bankrupt jer. Nak jimat punya fasal, PH kurangkan beberapa stesen LRT 3. 3. PH punya brilliant idea, nak jimat punya fas...

Lindungi kepentingan veteran ‘seperti yang BN lakukan’, kata Najib

Image
Lindungi kepentingan veteran ‘seperti yang BN lakukan’, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159266   Pakatan Harapan berdiri teguh bersama para perajurit negara - kata DAP-PH? Veteran tentera mula menuntut keadilan bila negara ada kerajaan gagal? Sembang. DAP dan PH memang oportunis. Pakar menghasut yang mengambil kesempatan. Kenapa pula tak naikkan pencen dan kebajikan veteran tentera semasa PH memerintah? Malah Bantuan Bakti Negara kepada para veteran pula dimansuhkan dengan alasan negara sudah bankrap. "7 Feb 2019: Tiada lagi Bantuan Bakti Negara (BBN) bawah kerajaan PH" https://www.airtimes.my/2019/02/07/tiada-lagi-bantuan-bakti-negara-bbn-bawah-kerajaan-ph/ Dividen-dividen tahunan tabung LTAT selepas PRU14 pun hampeh berbanding sepanjang masa saya PM. 2015 (BN): 8.1% 2016 (BN): 8.0% 2017 (BN): 8.3% 2018 (PH): 2.5% 2019 (PH): 3.5% 2020 (PH+PN): 4.1% "Feb 2019: Jasa mereka kini dilupakan, kata Bossku" https://www.sinarharian.com.my/article/11931/BERITA/...

Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa?

Image
Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159193   Dalam MoU ada di tulis 2. Tempoh masa       2.1 . Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke - 14.     3.1 . Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen SEBELUM 31 haribulan Julai 2022 . Jadi jika parlimen dibubarkan pada 1 Ogos 2022 bermakna tarikh tamat MOU ialah 31 Julai lah kan.? Menteri Komunikasi tapi komunikasinya mengelirukan rakyat. Kah kah kah.

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

Image
Cukup-cukuplah Tun Mahathir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158478   1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan. 2. Pertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa. 3. Beliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu. 4. Kongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan. 5. Jika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak ...
Image
Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad Selanjutnya:  https://pakdin.my/158474   Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sewaktu Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ada yang mengkritik Shahrir kerana menggelarkan Anwar sebagai retorik ketika debat tersebut. “Saya jawab dengan mengambil satu contoh sahaja iaitu mengenai pandangan Anwar bahawa urustadbir dan intergriti adalah suatu yang penting dan untuk memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalahurus, kenalah buat audit forensik,” kata Shahrir menerusi posting di Facebooknya. Beliau berkata, Anwar menjawab isu berkenaan dengan menyebut mengenai Tabung Haji dan FELDA sebagai contoh kepincangan yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua syarikat itu diaudit oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Audit yang dilakukan pa...