Posts

Showing posts with the label Guru

Polis siasat dakwaan guru lelaki bercinta dengan pelajar 12 tahun

Image
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Sepang yang dipercayai mempunyai hubungan dengan anak muridnya yang berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan telah dibuat oleh bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas setelah menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan. “Perbualan antara mereka tidak mencerminkan hubungan biasa antara seorang guru dan anak murid, menyebabkan bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Norhizam menegaskan, siasatan masih dijalankan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau m...

[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

Image
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati Sumber:  https://pakdin.my/158075   .. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati. "Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati," menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung. Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas ala...

Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil

Image
Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil [Sumber: https://pakdin.my/?p=154815 ] Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya. Kes itu perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama. Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung. Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu. Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu. Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus ...