Posts

Showing posts with the label Sami Buddha

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Image
 Pada 22 April 2024 sekitar pukul 06:30 pagi, satu insiden menggemparkan berlaku di Daerah Saba Yoi, Songkhla, apabila sekumpulan penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta pikap Isuzu 4 pintu milik Sarjan Polis Wanat Chumapan, anggota Balai Polis Daerah Saba Yoi. Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan untuk menjemput 6 sami dan samanera (Sami muda) bagi tujuan pemberian sedekah di kawasan perbandaran Saba Yoi. Tembakkan balas oleh Sarjan Wanat menyebabkan kumpulan pemisah berundur. Seranngan tersebut mengakibatka samanera Phongkorn Chumapan (16 tahun), anak lelaki Sarjan Wanat, disahkan maut. Seorang samanera lain, Phoknith Morasilap (12 tahun) dari Tambon Ban Ko, Amphoe Prom Khiri, Nakhon Si Thammarat, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Saba Yoi. Lokasi kejadian berhampiran Jalan Suan On, Kampung Khlong Rian, kira-kira 500 meter dari Wat Kula. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat untuk menjejaki penjenayah. Sementara itu pada 23 April 2024,...

Bom tepi jalan mencederakan sami dan renjer di Selatan Thailand

Image
Bom tepi jalan mencederakan sami dan renjer di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165497 Satu letupan bom di tepi jalan di daerah Rueso di wilayah Narathiwat, Thailand Selatan mencederakan tiga sami dan dua renjer sukarelawan pagi semalam. Letupan berlaku berhampiran kedai peralatan pertanian di tambon Rueso Ok pada kira-kira 6.25 pagi, ketika sebuah van putih yang membawa sami dari Wat Phairot Pracharam melalui. Para sami berada di kawasan itu untuk memeinta sedekah, lapor Bangkok Post. Ketua balai polis Rueso, Thanya Lamboon menyatakan bahawa pasukan keselamatan, termasuk pegawai Pemusnah Bahan Letupan (EOD), unit khas Polis Wilayah Narathiwat, dan pakar forensik telah dihantar ke tempat kejadian sejurus selepas kejadian itu dilaporkan. Apabila tiba, mereka mendapati sami dan renjer yang cedera, dengan salah seorang renjer, Chaichit Namkhet, mengalami luka di kepala akibat serpihan bom. Individu yang cedera dibawa ke Hospital Rueso dengan bantuan Mustaha Yama, pem...