Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

Doktor pakar yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kematian kanak-kanak autistik itu sebagai ‘mencurigakan’. Pakar Perubatan Perunding Forensik Jabatan Perubatan Forensik yang kini bertugas di Hospital Pasir Gudang Johor, Dr. Rohayu Shahar Adnan berkata, ini kerana kecederaan kanak-kanak tersebut tidak selari dengan keadaan sekitar lokasi kejadian mangsa ditemui. Selain itu saksi turut memberitahu kes kematiannya bukan kematian biasa tetapi dikategorikan sebagai mencurigakan atau ‘homicide until proven otherwise’. “Pegawai penyiasat ketika itu Asisten Superitendan Mohd. Nasir Mustapha telah membawa saya dan pegawai perubatannya ke kawasan perumahan flat (Apartment Idaman) tersebut dan telah ke kawasan di sungai di mana mangsa di temui. “Apabila saya melihat pada laluan ke sungai tersebut, terdapat cerun dan bukit yang mana keadaan laluan ini adalah kompleks untuk kanak-kanak autisme dan kesukaannya bukan air kerana sejarah daripada pegawai perub...