Posts

Showing posts with the label Hujan Lebat

Los Angeles dilanda banjir lumpur selepas kebakaran besar

Image
LOS ANGELES – Banjir lumpur menimbus jalan-jalan sekitar Los Angeles semalam selepas hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat kebakaran hutan pada bulan lalu. Bencana terbaru itu turut menyaksikan lereng beberapa buah bukit runtuh. Taburan hujan sehingga 7 sentimeter melanda beberapa kawasan di Los Angeles dalam sehari, menyebabkan lokasi terjejas teruk akibat kebakaran hutan khususnya di Pallisades Pasifik dan Altadena dilanda banjir lumpur. Banjir kilat itu turut menghanyutkan sebuah kenderaan milik Jabatan Bomba Los Angeles ke dalam laut semalam. Pegawai bomba yang memandu kenderaan itu semasa kejadian bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan. Di Bukit Hollywood yang didiami bintang filem dan golongan pekerja, banjir lumpur menimbus sebatang jalam utama. Di Altadena di mana beribu-ribu bangunan hangus dalam kebakaran besar bulan lalu pula, sejumlah kenderaan terkandas di dalam lumpur. Kerosakan itu berlaku walaupun pihak berkuasa tempatan melakukan persia...

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

Image
Madinah, Arab Saudi, terjejas teruk akibat  ribut hujan lebat dan banjir kilat yang telah mengubah jalan-jalan menjadi sungai, menurut laporan media Teluk. Badai yang bermula pada hari Isnin dijangka berterusan sepanjang hari, membawa bersama hujan batu dan angin yang dipenuhi debu, yang sangat menjejaskan penglihatan. Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) telah meramalkan hujan sederhana hingga lebat, ribut petir, dan ribut debu sepanjang minggu, dengan cuaca dijangka berterusan sehingga Rabu, 8 Januari. Sebagai tindak balas kepada keadaan cuaca yang semakin membimbangkan, amaran merah telah dikeluarkan untuk beberapa kawasan, termasuk Jeddah, di mana hujan lebat dan banjir kilat dijangka sehingga Rabu. Hujan lebat disertai dengan angin kencang dan ombak besar, mengurangkan keterlihatan dan menimbulkan risiko kepada pemandu dan penduduk.  Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mengelakkan kawasan yang mudah banj...

[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok

Image
[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Sarawak akan dilanda hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga esok. Berdasarkan kenyataannya di Facebook, hujan sangat lebat tahap bahaya diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong manakala hujan lebat peringkat buruk berterusan dijangka berlaku di Sarikei serta Mukah membabitkan Tanjung manis dan Daro. Sementara itu, hujan berterusan peringkat waspada diramal melanda Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. Amaran peringkat waspada juga dijangka berlaku di bahagian Pedalaman Sabah iaitu di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. Labuan turut diramal mengalami cuaca sama. Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataannya juga turut meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat neger...

[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Image
[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159598/ KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang. Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis. “Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini. “Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok. “Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini. Selain itu, puluhan pok...