Posts

Showing posts with the label Abang Joe

Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar

Image
Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164520 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. “Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO. Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya," katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Ker