Posts

Showing posts with the label TNB

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Image
Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.07 petang semasa lelaki berumur 38 tahun itu bersama lagi seorang lagi suspek sedang memotong kabel elektrik berkenaan. Beliau berkata ada saksi sempat membuat rakaman video di tempat kejadian, yang menunjukkan kedua-dua mereka memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan untuk mencuri, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan, dan kedua-dua mereka terus jatuh pengsan. “Seorang daripada suspek kemudiannya bangun dengan sendiri dan terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Abang Zainal Abidin berkata pihak TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas ...

Helikopter terbakar di Bentong: TNB arah pemberhentian kerja guna helikopter kedua

Image
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong. TNB menerusi hantaran di akaun Facebook TNB Careline hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong, Pahang. “TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. “Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia,” menurut hantaran itu. Terdahulu Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang mengesahkan seorang jurutera warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak. Bagaimanapun dalam kejadian berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Ben...

[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Image
BENTONG - Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus. Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi. “Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi ...

Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu

Image
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat 27 Disember 2024 selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4). Harga saham itu menokok 24 sen pada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam.  Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepada RM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan. Lonjakan Saham: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak dalam dagangan awal pada hari Jumaat berikutan pengumuman cadangan tarif baru untuk Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4). Kenaikan Harga Saham: Harga saham meningkat sebanyak 24 sen kepada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir hari dagangan sebelumnya. Pada pukul 10:35 pagi, saham tersebut telah meningkat sebanyak 62 sen atau 4.37% kepada RM14.80, dengan 7.51 juta saham bertukar tangan. Cadangan Tarif: Pada hari Khamis, TNB mengumumkan kepada Bursa Ma...

[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB

Image
[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164740 Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid  Valley Megamall hari ini. Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu. “Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, pihak Mid Valley Megamall menerusi Facebook mengesahkan kebakaran itu berlaku di bilik pencawang TNB pusat beli-belah itu dan berjaya dikawal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan.  https://youtu.be/Aso_OOUa9jg Pihak pusat beli-belah itu turut mengesahkan setakat 11.38 pagi, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan oleh JBPM yang kini berada di lapangan menjalankan siasatan dan memastikan ...

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.