Posts

Showing posts with the label Emas

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Image
Ketegangan perdagangan antara AS dan China semakin memanas, mendorong aliran dana ke pasaran emas sebagai aset selamat. Harga emas antarabangsa meningkat secara mendadak pada Rabu, mencatat kenaikan harian terbesar dalam tempoh lebih satu setengah tahun. Emas niaga hadapan New York ditutup naik 3% pada AS$3,079.40 per auns. Harga emas spot melonjak sehingga 3.93% ke AS$3,099.47 per auns, menghampiri paras AS$3,100—kenaikan intraday terbesar sejak Mac 2020. Harga ditutup pada AS$3,083.17 per auns, masih mencatat kenaikan 3.39%. Presiden AS Donald Trump sebelumnya mengumumkan penangguhan pelaksanaan tarif balas melebihi 10% ke atas kebanyakan negara selama 90 hari, namun menaikkan tarif ke China kepada 125%. Berita ini mendorong pasaran saham AS melonjak. Sebelum ini, apabila langkah perdagangan bersejarah Trump mula berkuat kuasa, pelabur beralih keluar dari bon AS jangka panjang—walaupun bon biasanya dianggap pelaburan selamat semasa ketidaktentuan. Penjualan bon AS mencetuskan kenaika...

Wujudkan kerangka pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar

Image
Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif. Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata berdasarkan World Bureau of Metal Statistics - London Stock Exchange Group, Malaysia kini menyumbang 0.06 peratus dari 3,000 tan pengeluaran emas dunia dengan mengeluarkan sekitar 1.8 hingga 4.6 tan metrik setahun. Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan sumber itu masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Enakmen Mineral Negeri masing-masing. “Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, negeri dan syarikat konsesi untuk memastikan royalti (biasanya lima hingga 10 peratus) serta hasil cukai mencerminkan nilai sebenar emas yang dieksport? “Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan ketidakseragaman kadar royalti antara negeri menyebabkan potensi kebocoran hasil. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelaraskan standard kontrak perlo...
Image
Sukan SEA 2023: Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia PHNOM PENH: Malaysia mengutip pingat emas terakhir dan ke-34 dalam Sukan SEA 2023 menerusi hoki padang wanita yang menumpaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi. Begitupun dalam aksi di Stadium Hoki Morodok Techo itu, skuad negara cemas seketika apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat. Malaysia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengikat kedudukan apabila Siti Nur Arfah Mohd. Nor menyempurnkan pukulan sudut penalti pada minit keenam. Pemain pertahanan, Nuraini Abdul Rashid menggandakan jaringan buat negara pada suku kedua permainan setelah Malaysia diberikan pukulan stroke penalti oleh pengadil pada minit ke 18. Penguasaan Malaysia semakin menonjol dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad turut melakar nama sebagai penjaring setelah menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 29 untuk kedu...

[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara

Image
[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164016 PHNOM PENH: Perenang Khiew Hoe Yean menceriakan kontinjen negara selepas menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam ini. Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s). Atlet berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Thailand Dulywat Kaewsriyong yang meraih perak dengan masa 1:49.29s sementara gangsa menjadi milik perenang Vietnam Nguyen Huy Hoang selepas merakam 1:49.31s. Kejayaan Hoe Yean di sini bukan sahaja menghadiahkan emas ke-14 buat kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, malah menyaksikan beliau berjaya mempertahankan emas acara kegemarannya itu yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas. Pada masa sama...

Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau

Image
Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163949 PHNOM PENH  -- Di sebalik kegembiraan, penerjun muda negara Kimberly Bong terkejut mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini hari ini. Penerjun berusia 20 tahun itu berkata ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya. Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan beliau meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kual...