Posts

Showing posts with the label 7 Eleven

Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari

Image
Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari Seterusnya:  https://pakdin.my/158226 ... KLANG - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perintah reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Klang pada Khamis. Katanya, suspek yang berumur 45 tahun itu diberkas pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang. "Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Klang dan dikenakan reman selama lima hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari. Remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji

[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk

Image
[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk SUMBER:  https://pakdin.my/158207 ... KLANG: Seorang remaja perempuan berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang. Difahamkan, suspek adalah lelaki tempatan dan dalam keadaan mabuk ketika memasuki kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.08 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun sedang bekerja sendirian di kedai serbaneka itu sebelum didatangi suspek. "Suspek meminta wang daripada mangsa dengan alasan dirinya dirompak bagaimanapun remaja terbabit memaklumkan kedai berkenaan tidak ada wang. "Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengeluarkan senjata iaitu gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa. Susulan takut dicederakan, mangsa membuka laci tempat simpanan duit dan menyerahkan kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, susulan kejadian