
SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165932 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan. Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee, berkata walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun. Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen hari ini, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu. Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan...