Posts

Showing posts with the label Jatuh Bangunan

‘Kantoi’ di rumah wanita lain, lelaki parah terjatuh tingkat tiga

Image
‘Kantoi’ di rumah wanita lain, lelaki parah terjatuh tingkat tiga GOMBAK – Gara-gara didatangi teman wanita sewaktu berada di rumah kenalan wanita, seorang lelaki terjatuh ketika cuba melarikan diri dari tingkat tiga di lorong belakang deretan rumah kedai, Jalan SBC 3, Batu Caves, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada orang awam menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap sekitar pukul 6.30 petang. Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 30an yang dalam perjalanan berjumpa kenalan wanitanya di tingkat tiga banggunan rumah kedai tersebut. “Semasa mangsa berada di dalam rumah tersebut, teman wanita mangsa turut ke rumah tersebut untuk mencari mangsa. Mangsa yang cuba melarikan diri melalui tingkap belakang rumah telah terjatuh dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan hari in

[VIDEO] Wanita pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas

Image
[VIDEO] Wanita pengunjung Suria KLCC maut terjatuh dari tingkat atas Selanjutnya di: https://pakdin.my/160341/ Seorang wanita berusia 23, pengunjung di Suria KLCC, Kuala Lumpur, maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, hari ini pada jam 9.38 malam, 1/8/2022. Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, hari ini. “Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita memaklumkan yang berlaku insiden malang di Suria KLCC petang tadi mengakibatkan seorang wanita pengunjung terjatuh dari tingkat atas. “Dukacita juga dimaklumkan wanita terbabit telah meninggal dunia,” kata kenyataan itu. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus) Pihak Suria KLCC turut menyatakan yang mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit. Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan. Wanita pengunjung

Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10

Image
  Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154548 ] Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima hingga enam tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berseorangan di rumah dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi. “Usaha menyelamatkan mangsa dijalankan pada 9.45 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM,” katanya dalam kenyataan. Zaid berkata, kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407. Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak