Posts

Showing posts with the label Warga Indonesia

Helikopter terbakar di Bentong: TNB arah pemberhentian kerja guna helikopter kedua

Image
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong. TNB menerusi hantaran di akaun Facebook TNB Careline hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong, Pahang. “TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. “Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia,” menurut hantaran itu. Terdahulu Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang mengesahkan seorang jurutera warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak. Bagaimanapun dalam kejadian berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Ben...

[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Image
BENTONG - Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus. Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi. “Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi ...

Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000

Image
Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000 https://huluselangor.com/?p=174774 HULU SELANGOR – Nasib seorang tukang cuci wanita yang mencabul kaum sejenisnya di sebuah tandas berakhir di tirai besi selepas dipenjara empat tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Mahkamah memutuskan demikian selepas tertuduh yang dikenali sebagai Ita yang merupakan warga Indonesia menukar pengakuan kepada bersalah pada 15 Ogos lalu. Berdasarkan alasan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada 26 Disember lalu, Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret berkata, fakta kes menunjukkan tertuduh mencabul kehormatan dengan menyentuh alat sulit mangsa berusia 29 tahun. Menurut mahkamah, perbuatan tersebut bukan sahaja mengaibkan, malah mendatangkan trauma kepada mangsa. “Mahkamah mengambil kira perbuatan ini adalah jenayah serius yang menjatuhkan maruah mangsa. “Mahkamah menimbangkan faktor rayuan, hujahan pihak pendakwaan, ...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Image
Suami isteri maut dikelar di Serian Selanjutnya:   https://pakdin.my/158491   Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak. Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan. “Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan. “Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.