Posts

Showing posts with the label Isteri

Bapa 'syaitan' yang membunuh isteri dan empat anak berumur dari satu hingga 10 tahun dijatuhi hukuman mati

Image
Bapa 'syaitan' yang membunuh isteri dan empat anak berumur dari satu hingga 10 tahun dijatuhi hukuman mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163752 Michael Wayne Jones Jr. mengaku membunuh isterinya dengan kayu besbol sebelum mencekik anak tirinya dan melemaskan dua anak kandungnya di Marion County, Florida Seorang bapa telah dijatuhi hukuman mati kerana memukul isterinya hingga mati dengan kayu besbol sebelum mencekik dua anak tirinya dan melemaskan dua anak perempuan kandungnya. Ini berlaku lima bulan selepas Michael Wayne Jones Jr. mengaku bersalah atas empat pertuduhan pembunuhan peringkat pertama dalam kematian kanak-kanak dan satu pertuduhan pembunuhan peringkat kedua dalam kematian isteri Casei Jones. Menurut dokumen mahkamah, pegawai pergi ke rumah keluarga itu pada September 2019 untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan ke atas Casei dan anak-anak selepas ibu Casei, Nikki Jones mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Nikki Jones berkata dia tidak mendengar khabar dar

[VIDEO] Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Image
Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163620 Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi  menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan). “Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib. Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja. “Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib. “Ya,” jawab isterinya

Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam

Image
Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam BACA seterusnya di https://pakdin.my/161219 Seorang lelaki Thai yang dalam keadaan mabuk mencekik isterinya dan tidur di sebelah mayatnya pada malam Selasa (20 Disember) di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand. Dia berkata dia tidak tahu isterinya sudah mati. Pada 10 pagi Rabu (21 Disember), pegawai dari Balai Polis Mueang Udon Thani dimaklumkan bahawa seorang suami membunuh isterinya di kediaman pekerja binaan di daerah Kak Khaeng. Polis menemui Neramit, atau "Tum," yang berusia 46 tahun sedang duduk di tepi jalan menunggu untuk menyerah diri kepada polis. Di dalam rumah kongsi satu tingkat itu, polis menemui mayat Bee (nama samaran) berusia 34 tahun dalam keadaan terlentang di bawah selimut di atas katil. Pegawai forensik menganggarkan bahawa Bee meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum itu. Sambil menangis, Neramit mencium pipi isterinya buat kali terakhir sebelum mengaku kepada polis bah

Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis

Image
Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis Selanjutnya di: https://pakdin.my/160200 SYAK wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh hanya mendatangkan keburukan. Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat. Begitu yang terjadi di Odisha, India, baru-baru ini. Dek kerana mengesyaki si isteri curang di belakangnya, seorang lelaki warga emas tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri. Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Menurut laporan Banten Raya, berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya. Walau bagaimanap

[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan

Image
[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159496   Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang (4/7/2022) Lelaki itu disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. JOHOR BAHRU -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu di sini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang, dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripada lelaki itu. Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata, polis menerima laporan berhub

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

Image
[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi Selanjutnya di: https://pakdin.my/158482.  CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam. Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemui pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, pada kira-kira jam 2.10 petang tadi, tetapi isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, masih belum ditemui setakat ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mengatur gerak menyelamat menggunakan bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian. "Anggota kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang sebelum mengangkat dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kemaman kira-kira jam 3.30 petang. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di

[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Image
[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Sumber:  https://pakdin.my/157521 - KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam. Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. "Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan d

Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu

Image
Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu [Sumber: https://pakdin.my/?p=153574]  Pasir Mas: Wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Menurut suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibu yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung, dia menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas. "Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya d