Posts

Showing posts with the label Hari Raya

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

Image
YALA, Thailand - Umat Islam Thai keluar membeli-belah di sekitar pasar basah Jalan Kereta Api, kawasan perbandaran Yala, Daerah Mueang Yala, Wilayah Yala, menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah. Sementara itu, pihak berkuasa mengarahkan peningkatan langkah keselamatan yang ketat untuk menjaga keselamatan rakyat di 8 daerah di Wilayah Yala, susulan kejadian penjenayah membakar tayar dan merosakkan kamera litar tertutup. Selepas kejadian kerosakan tayar dan kamera CCTV oleh pihak tidak bertanggungjawab di Yala, umat Islam Thai di sana tetap keluar untuk membeli-belah. Ini menunjukkan beberapa perkara: Ketahanan dan Kehidupan Berterusan: Walaupun terdapat cubaan untuk mengganggu ketenteraman dan mewujudkan suasana tidak selamat menjelang Hari Raya Aidilfitri, masyarakat tempatan tetap meneruskan kehidupan seharian mereka. Mereka tidak membiarkan tindakan tersebut menghalang mereka daripada membuat persiapan untuk perayaan yang akan datang. Semangat Komuniti: Tindakan keluar membel...

Ramai balik kampung malam ini

Image
 Beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula mengalami kesesakan teruk pada malam ini. Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai mula berkongsi keadaan jalan raya yang sesak dan bergerak perlahan terutama di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Utara Selatan. Di laman X @info Trafik Besraya memaklumkan, trafik perlahan ketika ini selepas Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang sehingga kilometer (Km) 4.2 Utara menghala ke Plaza Tol Mines Utara dan ke Sungai Besi. Turut dilaporkan sesak ialah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Sementara itu, @LPTTrafik melalui satu hantaran memaklumkan trafik dilaporkan perlahan ke arah Timur iaitu di km 1.4 dari Km 39.5 hingga Km 40.9 (Genting Sempah ke Bukit Tinggi) berikutan pertambahan kenderaan. Berdasarkan laporan berita terkini pada 27 Mac 2025, 11:36 PM (waktu Momawi, Pattani, Thailand) , kesesakan Lebuh Raya untuk orang ramai yang balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 sudah mula kel...

Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya

Image
Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164860 KANGAR -- Jumlah kes COVID-19 di Perlis bagi Minggu Epid ke-19 iaitu dari 7 hingga 13 Mei meningkat sebanyak 47 peratus atau 87 kes berbanding minggu sebelumnya. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) menerusi hantaran dalam Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, 83 ialah kes tempatan manakala empat lagi ialah kes import. "Sebanyak 51 kes (59 peratus) dikesan melalui saringan bergejala, 16 kes (18 peratus) dikesan melalui saringan survelan-sARI, lapan kes (sembilan peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, enam kes (tujuh peratus) dikesan melalui saringan individu disyaki, lima kes (tujuh peratus) saringan survelan-ILI dan satu kes (satu peratus) dikesan melalui saringan prakemasukan hospital," menurut hantaran itu.      JKNPs memberitahu 60 kes (69 peratus) berada di bawah permantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) manakala 27 kes (31 peratus) di bawah pem...
Image
[VIDEO] 'Jangan leka, hati-hati dengan Arcturus' - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163654 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus. "Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat… Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri)," katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. "Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi j...

Campak emak di hospital untuk pergi beraya

Image
Campak emak di hospital untuk pergi beraya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163643 Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor. “Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan. “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda). “Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut. Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri. “Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa. “18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setia...

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat

Image
Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163250 Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan adalah pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023. Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas. Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut. “Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri. https://twitter.com/UAE_BARQ_EN/status/1643872042117201920?s=20