Posts

Showing posts with the label Lebuhraya Utara Selatan

Nahas di Hulu Selangor, pemandu lori pula meninggal dunia

Image
HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 403 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin meninggal dunia, menjadikan dua maut setakat ini. Mangsa, pemandu lori Mitsubishi Fuso berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia jam 3.10 petang ketika menerima rawatan di Hospital Slim River, Perak. Sebelum itu, kelindan kenderaan berat terbabit, warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian. Dua mangsa iaitu pemandu lori Scania, 26, dan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush, 52, cedera, manakala penumpang SUV, 18, tidak mengalami kecederaan. BACA juga: 3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Image
JASIN  -- Dua penuntut universiti awam maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi 26 Disember 2024. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam insiden kira-kira 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Kedua-dua mangsa merupakan penumpang di bahagian hadapan dan belakang di sebelah kiri kereta jenis Produa Myvi yang dinaiki dua lagi rakan lain termasuk pemandu. "Dipercayai kemalangan berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Johor ke Melaka itu terbabas melanggar besi penghadang jalan namun tidak melibatkan kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ahmad Jamil berkata pemandu Nur Hanis Suraya Supiyan, 19, dan seorang lagi penumpang Azwalidiya Azman, 21, mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta...

[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini

Image
[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164605 KAMPAR: Seorang lagi mangsa kemalangan di kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kampar, Perak meninggal dunia menjadikan angka korban nahas meningkat kepada lima orang mangsa yang maut terdiri daripada ibu bersama empat anaknya. Nahas berlaku selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori muatan tanah dalam kejadian jam 2 pagi tadi 16 Mei 2023. Kemalangan membabitkan Proton Saga dinaiki lima beranak itu merempuh bahagian belakang lori muatan tanah sebelum terbakar. Kebakaran bonet hadapan kereta itu sempat dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun empat mangsa, Azriyani Abdul Latif 45 tahun serta tiga anaknya Muhammad Azib Nasaruddin 23 tahun, yang juga pemandu kereta, serta Siti Nur Aminah Nasaruddin 8 tahun dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz N...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

Image
  [VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler maklumat lanjut di: https://pakdin.my/160368 SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Yariz terlanggar belakang sebuah treler.