Posts

Showing posts with the label Helikopter

[VIDEO] Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut

Image
[VIDEO] Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut BACA seterusnya di: pakdin.my/167333 - ISLAMABAD - Sebuah helikopter tentera laut Pakistan terhempas di bandar barat daya negara itu dipercayai disebabkan kerosakan mekanikal yang membunuh tiga anak kapal, semalam. Jurucakap tentera laut berkata, 'Sea King' dalam penerbangan latihan di bandar pelabuhan Gwadar dekat wilayah Balochistan telah terhempas kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan. Menurut laporan awal, ia terhempas selepas mengalami kebakaran enjin serta kehilangan ekor belakangnya. "Kemalangan kemungkinan berpunca daripada kerosakan teknikal yang mengorbankan dua pegawai dan seorang anak kapal," jelas jurucakap itu. Balochistan adalah provinsi terbesar di Pakistan yang sangat 'ketenteraan' kerana skim pelaburan besar-besaran dari China di wilayah tersebut yang kerap menjadi sasaran pemberontak pemisah. September lalu, enam anggota tentera terbunuh di wilayah itu selepas heli

[VIDEO] Helikopter terhempas di apartmen ragut 2 nyawa

Image
Helikopter terhempas di apartmen ragut 2 nyawa BACA seterusnya di: pakdin.my/167079   FLORIDA: Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Broward di Florida, Amerika Syarikat terhempas di sebuah bangunan apartmen lalu meragut dua nyawa. Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat lagi individu turut cedera dalam nahas berkenaan. Rakaman detik kejadian yang disiarkan media tempatan memaparkan helikopter itu hilang kawalan dan berpusing sebelum terhempas di apartmen Pompano Beach. Seorang anggota bomba dan seorang wanita dipercayai orang awam yang berada di aras bawah apartmen terbabit dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban. Nahas turut mengakibatkan beberapa bahagian apartmen berkenaan rosak teruk. Sehubungan itu, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan melakukan siasatan bersama bagi mengenal pasti punca nahas. — REUTERS View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kama

Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

Image
Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160694/ MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi. Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak. "Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang d

[VIDEO] Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan

Image
[VIDEO] Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160347/ Leftenan Jeneral Sarfraz Ali, komander Kor XII, dikatakan antara mereka yang menaiki helikopter itu yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu. Operasi menyelamat sedang dijalankan. Sebuah helikopter Tentera Pakistan — bersama pegawai kanan tentera, termasuk komander Kor XII mereka, Leftenan Jeneral Sarfraz Ali — terhempas dekat Lasbela, Balochistan, Isnin malam (1/8/2022). Nahas dilaporkan berlaku antara Windar dan Kuil Sassi Punnu di Balochistan. Tentera Pakistan berkata dalam satu kenyataan bahawa helikopter itu - yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu - hilang selepas ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara. Sumber di Pakistan memberitahu bahawa serpihan helikopter yang terhempas itu ditemui selepas misi mencari dan menyelamat dilancarkan, sebaik sahaja helikopter itu hilang dari radar. Sumber berkata masih ter