Posts

Showing posts with the label Sarawak

Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

Image
Meliputi hampir 10,000 kilometer persegi, Mulu yang terletak di bahagian utara Sarawak, adalah antara kawasan pilihan raya negeri terbesar di Bumi Kenyalang. Kawasan seluas itu sudah pasti mewujudkan cabaran ketara dari segi geografi terutama apabila membabitkan rangkaian jalan raya sedia ada yang rata-ratanya terdiri daripada laluan bagi kerja-kerja pembalakan sekali gus mengehadkan akses dan mobiliti ke kebanyakan penempatan. Bagi penduduk di kawasan ini, 'naik belon' atau menggunakan pengangkutan udara bukanlah lambang kemewahan sebaliknya ia satu keperluan. Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu Datuk Gerawat Gala berkata justeru itu, pengangkutan udara dalam bentuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) memainkan peranan penting bagi menyediakan akses ke kebanyakan kampung dan rumah panjang yang terletak di kawasan terpencil. “Tempoh perjalanan melalui jalan raya boleh memakan masa antara 7 hingga 13 jam dari bandar terdekat iaitu Miri bergantung kepada lokasi dan keadaan jalan. “K...

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di 'Juh Berambeh Sungkei'

Image
Kuching: Warga bandar raya ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyertai program berbuka puasa 'Juh Berambeh Sungkei' di Padang Merdeka, di sini, hari ini. Acara itu, yang turut disertai masyarakat bukan Islam, menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Masyarakat bukan Islam yang turut serta berbuka puasa teruja dengan acara yang diadakan secara ala piknik di tempat terbuka itu. Melvin Mclair, 22, berkata ini kali kedua beliau menyertai acara itu selepas tahun 2023. Mahasiswa Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Parit Raja, Batu Pahat itu, bersama tujuh rakannya mengambil tempat di tengah Padang Merdeka sejak jam 5 pagi kerana mahu mendapatkan lokasi yang menarik. "Saya mengambil kesempatan ketika cuti ini untuk sekali lagi bersama masyarakat Islam berbuka puasa di padang ini. "Acara ini cukup menarik kerana mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam satu kelompo...

Pembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb

Image
KUCHING -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pengumuman itu sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sini malam ini. Sementara itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan. “Tunggulah 12 haribulan (Februari). Sabar-sabarlah,” katanya kepada pemberita apabila dimaklumkan berhubung pengumuman yang dibuat Abdul Karim. Sebelum ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Disember lepas, namun kedua-dua belah pihak memutuskan untuk menggunakan khidmat penilai k...

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Image
 SIBU  -- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi  08/02/2025 . Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa Lila Jali, 69, dijumpai pada 8.15 pagi. "Ketua Balai telah dihubungi pihak tentera yang membantu usaha mencari dan menyelamat bahawa mangsa ditemukan lemas oleh orang awam dan anak mangsa di tepi Sungai Sangan," katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum kejadian, mangsa dari Rumah Antau, Sungai Empang Baru, Tatau bersama isterinya menghantar anak lelaki mereka yang merupakan anggota tentera ke pekan Sangan menaiki bot pada 5.15 petang. Setelah selesai menghantar anak mereka yang hampir tamat bercuti, pasangan itu bertolak pulang ke rumah panjang mereka pada 5.22 petang.  Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anak mereka menerima panggilan daripada ketua rumah panjang mereka Tuai Rumah Antau Sait mengatakan perahu...

Alliance Bank tawar Program Bantuan Banjir kepada pelanggan terjejas

Image
Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata pihaknya menggalakkan mereka tampil untuk berbincang mengenai cara untuk membantu meringankan beban kewangan mereka dan turut menyediakan bantuan kepada kakitangan yang terjejas akibat banjir. Program Bantuan Banjir kini dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025. Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam. Bank juga akan mengecualikan caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku...

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Image
Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa banjir di Bintulu menurun kepada 2,429 orang berbanding 2,466 di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi, manakala 1,372 lagi mangsa di Miri masih berada di 11 PPS berbanding 1,390 orang sebelum ini. Jumlah mangsa di lima PPS di Sibu pula meningkat kepada 828 orang berbanding 825 orang petang tadi, sementara di Serian jumlah mangsa kekal 792 orang di dua PPS. Jumlah mangsa di Samarahan menurun kepada 426 orang di empat PPS berbanding 523 orang petang tadi, manakala peningkatan jumlah mangsa dialami di Mukah dengan 313 orang malam ini berbanding 263 orang petang tadi, berlindung di empat PPS. Secara keseluruhan 32 PPS masih aktif setakat malam ini selepas sebuah PPS di Samarahan ditutup hari ini. Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 40 keluarga setakat 8 malam. Sekretariat JPBN S...

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Image
KUCHING, 14 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai memandu kereta tanpa lesen dan mengakibatkan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan dan merempuh dua motosikal serta dua kereta. "Akibat kemalangan tersebut, empat mangsa (tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan) berusia antara 16 hingga 45 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Mohd Farhan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. "Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta...

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Image
KUCHING  -- Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi  kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari berkata dalam pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau. "Kita mengutamakan karbon rendah dalam proses penghasilan tekstil daripada gas cecair yang digunakan oleh angkasawan. "Pada masa ini, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo untuk menghasilkan bahan karbon rendah yang berasaskan bahan kimia bagi mewujudkan tekstil berkenaan. Mungkin suatu hari nanti akan ada pakaian angkasawan ‘made in Sarawak’," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di sini malam tadi. Dalam sesi itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak 'Norway of the East' dengan memiliki eko...

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Image
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF). Kerajaan akan menyalurkan SARA melalui MyKad secara bulanan masing-masing kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar mulai 15 Jan, 2025 (esok). Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac 2025 dan mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan. “Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lepas berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kementeri...

Suspek kes bunuh Nurul Asikin direman lanjut hingga 29 Disember

Image
KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan lanjutan reman selama tujuh hari iaitu sehingga 29 Disember 2024 ke atas lelaki berusia 23 tahun yang disyaki membunuh Nurul Asikin Lan. Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching Nursyaheeqa Nazwa Radzali memerintahkan demikian berikutan tempoh tahanan reman ke atas suspek tamat hari ini. Suspek ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat Nurul Asikin yang dalam keadaan reput ditemui orang awam di  dalam parit di Jalan Setia Raja dekat sini sekitar jam 9 malam pada 14 Disember, membawa kepada penahanan suspek pada hari yang sama. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat itu adalah Nurul Asikin. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, berdasarkan pengakuan suspek kepada polis ketika disoal siasat, dia didakwa membunuh mangsa kerana memerlukan wang untuk mem...

JKKK diminta guna dana SejaTi MADANI untuk majukan komuniti: Fadillah

Image
LUBOK ANTU: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang memohon projek-projek di bawah Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) perlu fokus kepada usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata JKKK dalam satu daerah yang sama juga tidak harus memohon projek yang serupa untuk mengelakkan pertindihan dan persaingan yang tidak produktif. “Saya mengharapkan janganlah semua memohon satu jenis projek yang sama … biarlah pelbagai dalam satu-satu daerah itu supaya ia boleh memberi manfaat yang lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan SejaTi MADANI Daerah Lubok Antu di sini hari ini. Beliau berkata semua permohonan projek akan melalui beberapa peringkat penilaian dengan pihak JKKK dapat berbincang dengan pihak pejabat daerah yang dapat menasihatkan mereka berkenaan projek-projek yang sesuai.  “Ada jawatankuasa yang akan menilai, kemudian akan dibawa ke peja...

Pemandu,kelindan maut lori kargo rempuh treler

Image
MIRI -- Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer awal pagi 20 Disember 2024. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi. Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 2.37 pagi sebelum pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan lima anggota dan jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya 28 kilometer. “Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindak...

[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

Image
[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166472 KUCHING - Malang tidak berbau, tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di tepi pantai berakhir tragedi apabila dihanyutkan arus deras di Esplanade Buntal, Kampung Buntal, awal pagi tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang daripada mangsa dapat menyelamatkan diri, namun dua rakannya dilaporkan hilang.  Komander Operasi Pero Guyuh berkata, kedua-dua mangsa yang dikhuatiri lemas berusia 39 dan 25 tahun.  Sekitar jam 3.30 pagi, Pero berkata penduduk kampung menjumpai mangsa dikenali Mohamad Amin Umar  pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa hilang. Manakala, selang 12 minit kemudian pasukan penyelamat bersama penduduk kampung  menjumpai mangsa kedua dikenali Awang Khairul Aziq Awang Chula pada jam 3.42 pagi. Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindak...

[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur

Image
[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166417 MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat di Apoh Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi 9 Julai 2023. Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku. "Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya. Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi. Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok te...

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu...

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

Image
Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/152689 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time’ atau data masa nyata. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti. Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang. “Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/5yiZPdjGKlY “Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko se...

Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini

Image
Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164676 KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian. Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu. “Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/LzZolucC...
Image
[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026 MIRI: Seekor anak paus berukuran empat meter ditemui terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram. Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pasa jam 12 tengah hari tadi. “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati seekor anak ikan paus dengan anggaran panjang empat meter telah terdampar di tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam bagi memudahkannya untuk berenang ke laut. 

[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar

Image
[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161947 KUCHING, SARAWAK- Seorang lelaki nekad melarikan diri selepas makan hidangan lebih RM1,000 di sebuah restoran masakan Jepun, Icom Square pada Isnin 16 Januari 2023.  Namun, lelaki terbabit kembali semula ke restoran berkenaan kerana tertinggal telefon bimbitnya sekitar jam 11 pagi semalam untuk menuntut semula telefonnya itu.  Selepas insiden itu dan nasihat daripada orang ramai di media sosial, Izakaya Japanese Restaurant di Icom Square menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, pihaknya bertindak mengunci pintu selepas lelaki terbabit masuk ke restoran berkenaan untuk menuntut telefonnya.  "Kami meminta dia membayar bil makanannya yang belum dibayarnya sebelum ini.  "Dia cuba membayar menggunakan kad debit dan terlihat tangannya terketar-ketar ketika menekan nombor pin kad debitnya tetapi gagal.  "Kami juga cu...

[VIDEO] 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran

Image
[VIDEO] 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran BACA seterusnya di https://pakdin.my/161545/ BELAGA: Lima belas pintu sebuah rumah panjang, Blok F di Uma Bakah, Sungai Asap musnah dalam satu kebakaran hari ini 5 Januari 2023. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga dengan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakkan ke lokasi, katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok lain oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling. “Maklumat awal jumlah penghuni rumah panjang yang terjejas seramai 68 orang, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat,” ujarnya.